Tuesday, December 27, 2011

SARA ALI MEMIKAT HATI

Sara Ali

SARA ALI MEMIKAT HATI


Sara Ali memikat hati. Baru setahun jagung tetapi sudah membintangi lima filem tahun lalu. Itu memang suatu prestasi yang boleh dikatakan hebat bagi seorang pelakon baru. Tanpa perlu membuktikan kemampuan di layar kaca seperti kebanyakan pelakon baru lain, Sara Ali mampu memikat hati ramai pengarah untuk melamarnya sebagai bintang utama di layar perak.



Dengan menonton Sesuatu Yang Tertinggal, Nur Kasih The Movie, Penunggu Istana, Klip 3GP dan Songlap mungkin soalan di mana hebatnya gadis ini akan terjawab. Sememangnya lakonan Sara Ali memikat hati. Pembabitan lulusan Diploma Seni Bina Universiti Lim Kokwing ini dalam arena lakonan bermula apabila sutradara filem Sesuatu yang Tertinggal, Asrulhisyam Ahmad melihat wajahnya di laman sosial Facebook.

Tawaran yang dihulur disambut dengan rasa debar sekali gus menjadi pembuka jalan kepadanya menggilap bakat sebagai pelakon. Pelakon utama siri Wasiat di Astro Ria ini kini hangat dengan filem Songlap. Dia kini diapit oleh dua pelakon hebat iaitu Shaheizy Sam dan Shafie Naswip, menjadikan ia suatu bonus untuk lebih dikenali. Sememangnya Sara Ali memikat hati.

picture credited to google

No comments: