Thursday, December 29, 2011

PAPA I LOVE YOU

Papa I Love You

 PAPA I LOVE YOU


Papa I Love You. Ketika lambakan filem komedi seram dan aksi hangat diperkatakan sekarang, tampil filem terbaru MIG yang juga menjadi penutup hujung tahun ini berjudul Papa, I Love You berkonsep kekeluargaan yang mula menjengah pawagam hari ini, 29 Disember 2011.


Papa I Love You. Filem ke-52 daripada MIG arahan Hashim Rejab ini menampilkan Lisa Surihani, pelakon kanak-kanak terbaik Festival Filem Malaysia ke-24, Mia Sara Nasuha dan pendatang baru, Zalif Sidek sebagai pelakon utama serta dibantu oleh Zaidi Omar, Syanie, Adeline Tsen dan ramai lagi. Hashim yang sebelum ini pengarah filem Sekali Lagi kembali dengan hasil sentuhan filem bercorak drama komedi yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Papa I Love You. Hashim mengibaratkan filem ini sebagai 'pop corn movie' yang memberi hiburan, tetapi tetap menerapkan unsur-unsur pengajaran. Sekarang ini, banyak berlaku permasalahan dalam institusi kekeluargaan, jadi dengan adanya filem seperti ini diharap anak-anak muda dapat menghargai segala pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya sendiri. Ketahuilah kisah Baha, Mia, Elly dan Datuk Kudin dalam Papa I Love You.

picture credited to google

No comments: