Nelydia Senrose Puaka Bunga Tanjung |
NELYDIA SENROSE PUAKA BUNGA TANJUNG
Nelydia Senrose Puaka Bunga Tanjung. Bakat dan emosi sewaktu berada dalam set penggambaran dimiliki bintang muda, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, mula membuatkan ramai pengarah memuji dan sedia membimbingnya. Pada usia baru mencecah 17 tahun, gadis kacukan Melayu-Siam ini sudah membintangi lebih 10 drama.
Nelydia Senrose Puaka Bunga Tanjung. Dalam lakonan terbaru menerusi drama bersiri untuk slot terbaru TV9 bertajuk Puaka Bunga Tanjung arahan Fairuz Loy, Nelydia diberi tugas memegang dua peranan sekali gus iaitu sebagai watak gadis moden dan purba.
Nelydia Senrose Puaka Bunga Tanjung.Watak Mayang dan Sanur yang diberikan adalah dua karakter yang berbeza dalam drama ini yang berlatarkan zaman 1960-an dan moden. Mayang seorang wanita kampung berusia 30-an sementara Sanur pula wanita yang bertukar menjadi pontianak. Membawa dua watak dalam satu drama nyata mencabar di Nelydia Senrose untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton.
Nelydia Senrose Puaka Bunga Tanjung. Nelydia pernah berlakon dalam drama bersiri Spa Q 1, 2 dan 3, Ahmad Durrah, Datin Wanabe dan genre seram, Mistik Alam Hitam.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment