Wednesday, December 28, 2011

YUNA TERUS LEBARKAN SAYAP

Yuna

 YUNA TERUS LEBARKAN SAYAP


Yuna terus lebarkan sayap. Yunalis Zarai, 25 atau Yuna, bakat baru yang menjadi kebanggan industri hiburan tanah air berjaya mencipta kejayaan di dalam dan di luar negara. Bermula sebagai penyanyi indie, Yuna memberi nafas baru dalam arena seni suara dengan muziknya yang santai.


Yuna terus lebarkan sayap. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga terkenal dengan imej menyanyi sambil memetik gitar yang turut menjadi ikutan beberapa penyanyi muda lain seperti Ana Raffali dan Najwa Latiff. Yuna menggilap bakatnya sejak 2006 dengan membuat persembahan akustik. Bakat Yuna turut dihidu syarikat rakaman yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) iaitu Fader Label. Dia mengikat kontrak dengan label itu pada Februari lalu dan pada bulan berikutnya terus melancarkan EP pertamanya di negara itu.

Yuna terus lebarkan sayap. Dia kini berulang alik ke AS dan tanah air bagi memastikan kerjaya seni di negara sendiri turut berjalan lancar.  Yuna juga membuka perniagaan butik lamjetfuel di Subang Jaya. Pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18), Yuna menggondol dua anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Penakut) dan Anugerah Kembara. Khabarnya sekarang Yuna sudah mempunyai lebih 30 lagu untuk dipilih bagi dimuatkan ke dalam album terbarunya untuk dipasarkan di AS dan Eropah.

picture credited to google

2 comments:

MalizaMah said...

inilah artis yg memang melebar2...
sgt kagum ...
dahsyat .....
saja bw sini...
salam perkenalan...

Artzlizan said...

salam kenal jugak alieza... ;)