Friday, December 30, 2011

TANGLUNG BULAN SEMALAM

Tanglung Bulan Semalam

TANGLUNG BULAN SEMALAM


Tanglung Bulan Semalam. Drama yang diterbitkan khusus untuk slot tayangan sempena Tahun Baru Cina nanti membawa kisah mengenai pergolakan hubungan antara ibu dengan dan kekasih anaknya yang berbangsa Melayu. Menampilkan pelakon baru yang semakin meningkat populariti, Adeline Tsen sebagai Jenny, Madam Chong (Madam Su) dan Irfan Roslan yang melakonkan watak teman lelaki Jenny, Razlan.


Tanglung Bulan Semalam. Pengarah, Khir Rahman yang bertanggungjawab meneraju penggambaran drama ini menyatakan plot drama ini masih mempunyai tarikan untuk disampaikan kepada penonton walaupun kisah cinta antara gadis Cina dengan lelaki Melayu sudah banyak kali disentuh.

Tanglung Bulan Semalam. Khir berkata, tidak dinafikan pertembungan hubungan cinta individu yang berbeza bangsa dan agama suatu yang klise tetapi drama ini secara tidak langsung menjadi kempen 1Malaysia. Apa yang penting, lakonan itu tidak dibuat-buat untuk menampakkan kempen tersebut. Drama ini juga menjadi usaha dalam menyatukan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan agama.

picture credited to google

No comments: