Monday, December 26, 2011

NEELOFA PEWARIS ANAK SENI

NEELOFA PEWARIS ANAK SENI


Neelofa Pewaris Anak Seni
 
Neelofa pewaris anak seni. Pendatang baru yang cukup menyerlah dan mempesonakan jadi milik Nur Neelofa Mohd Noor. Juara Dewi Remaja 2010 ini laris bagaikan pisang goreng panas apabila menjadi rebutan ramai pengarah. Neelofa bukan sekadar bersandarkan rupa paras jelita, bintang baru ini berbakat besar bahkan mutu lakonannya semakin meyakinkan.



 Jika dilihat kepada prestasi semasa lakonannya maka kita boleh katakan bahawa neelofa pewaris anak seni. Tidak sampai setahun pembabitannya, dia berpeluang menjayakan watak utama dan membintangi empat filem iaitu Azura 2011, Hantu Kapcai, Saya Amat Mencintaimu (SAM) dan Lemak Kampung Santan. Selain itu neelofa juga berjaya membuktikan kemampuannya menerusi drama rantaian Kitab Cinta, Tahajjud Cinta serta Jiwa dan Lara.

Rezekinya tidak terbatas sebagai pelakon sahaja neelofa pewaris anak seni ini terbabit dalam bidang pengacaraan yang mula menampakkan sinarnya. Selepas bergelar hos Paparrazi di Tonton TV3, Sekolahku Hebat (Astro Ceria), kini neelofa menjadi pilihan TV3 untuk mengendalikan program Nona musim baru bersama Fara Fauzana.


picture credited to google

3 comments:

Artzlizan said...

hehe Mknace.. ;)

Anonymous said...

Badan die baek

Artzlizan said...

betul jugak tu anon... haha.. ;)