Thursday, December 29, 2011

KARNIVAL SEHARI BERSAMA JAMAL ABDILLAH

Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah

KARNIVAL SEHARI BERSAMA JAMAL ABDILLAH


Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah akan berlangsung pada 7 januari depan di perkarangan Maju Junction Mall, Kuala Lumpur bermula 10 pagi hingga 10 malam. Karnival julung kali itu dianjurkan bersempena dengan kemunculan album terbarunya, Raja Pop 2 serta produk kecantikan yang diusahakan bersama D'Jas dan Bintang Channel.


Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah. Jelas Jamal yang ditemui di pejabat Warner Music Malaysia minggu lalu, karnival julung kali yang akan berlangsung itu adalah usaha bagi menghargai peminat setianya yang terus kekal berada di sisinya. Jamal juga menyatakan bahawa itu adalah ideanya sendiri selepas menerima permintaan daripada peminat di seluruh Malaysia melalui laman sosial Facebook.

Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah. Mereka yang datang berpeluang menyertai beberapa acara seperti pertandingan karaoke lagu Jamal Abdillah dan Tiru gaya Jamal sambil mendapatkan pelbagai cenderahati istimewa daripada Jamal sendiri. Pada sebelah malam Jamal akan mengadakan sebuah 'showcase' istimewa buat penonton. Mereka hanya perlu membeli VCD Raja Pop 2 untuk menyaksikan persembahan tersebut dan tempat duduknya adalah terhad.

picture credited to google

No comments: