Friday, December 30, 2011

CARMEN SOO SI CANTIK YANG LASAK

Carmen Soo

CARMEN SOO SI CANTIK YANG LASAK


Carmen Soo si cantik yang lasak. Walaupun pada bahagian betis dan lengannya tidak lagi putih mulus dek beberapa kesan lebam berikutan aksi lasak, Carmen Soo tetap bersemangat meneruskan penggambaran filem Dead Mine yang berlangsung di Batam, Indonesia. Pelakon tempatan yang turut membina kerjaya mantap di Hong Kong, Filipina dan Singapura itu nyata puas apabila berpeluang melakukan sendiri babak mendebarkan dengan bimbingan pengarahnya, Steven Shiel.



Carmen Soo si cantik yang lasak. Membawakan wanita licik dan punya misi di sebalik lagak lembutnya, akui model terbabit hasil kerja penuh teliti Steven selain peluang bergabung dengan ramai bintang Asia lain membuatkannya begitu teruja sepanjang di lokasi. “Apabila menghadiri uji bakat, saya tidak meletakkan harapan tinggi, namun berharap dapat bekerja di bawah arahan Sheil kerana hasil buah tangannya, Mum & Dad juga antara sebuah filem seram yang bagus.

Carmen Soo si cantik yang lasak. “Sebaik dipilih, saya tidak sabar melihat Dead Mine muncul di layar lebar seluruh rantau ini. Ia pengalaman menyeronokkan walaupun lebam sentiasa muncul di badan,” katanya ketika ditemui di set penggambaran. Selain aktres berusia 34 tahun itu, Dead Mine turut dibarisi aktor Indonesia, Joe Taslim, Jaitov Yanda dan Mije Lewis serta Miki Mizuno (Jepun), Sam Hazeldine (British) dan Jimmy Taenaka dari Singapura. Biar jadual di set cukup padat bermula seawal pagi hingga tengah malam, Carmen mengakui dia sudah biasa bekerja lebih masa ketika menjayakan drama bersiri di Filipina.

Dead Mine berkisar mengenai pemburuan terhadap harta karun peninggalan Jeneral Yamashita yang dikatakan tersembunyi di satu lokasi di sebuah pulau di Indonesia dan sekumpulan orang cuba menjejak emas berkenaan. Mereka terjumpa sebuah bunker peninggalan tentera Jepun dan cuba merungkai misteri di sebalik penemuan itu namun situasi menakutkan mula melanda kerana sejak itu bermulalah kejadian menakutkan. Filem aksi seram ini dijadualkan di pawagam tahun depan.

sumber : bharian

2 comments:

Anonymous said...

Carmen is not 38 years old duh!!

Artzlizan said...

hehe.. tarikh lahir dia October 14, 1977... maknanya umur dia 34 la kan... thanks..