Monday, December 26, 2011

JOHAN ARIFF ASA'RI TERUS MELANGKAH

Johan Ariff dan Fasha Sandha

JOHAN ARIFF ASA'RI TERUS MELANGKAH


Johan Ariff Asa'ri terus melangkah. Johan Ariff adalah nama yang wajar diberi perhatian. Mula mencipta nama menerusi watak Botak dalam rantaian popular, Juvana di TV3. Persembahan berkesannya sebagai remaja liar yang memberontak akibat tekanan hidup menyerlahkan namanya bahkan membawa pulangan lumayan kepada anak kedua daripada empat beradik ini.



Johan Ariff Asa'ri terus melangkah. Percubaannya menerusi drama Cinta Elysa juga tidak menghampakan. Digandingkan dengan pelakon hebat, Fasha Sandha memberi kelebihan kepada anak muda ini untuk lebih menonjol. Kolaborasi itu bagaimanapun mengundang cerita kurang manis apabila imejnya tercalar menerusi pendedahan Izreen Azminda yang mendakwa hubungan cinta mereka retak selepas dia digandingkan dengan Fasha sebagai pasangan kekasih Johan.

Johan yang tampil memikat menerusi watak ustaz dalam Tasbih Putih bagaimanapun menafikan dia dan Izreen bercinta malah dia dan Fasha Sandha tidak ada apa perhubungan sebaliknya menghormati aktres jelita itu sebagai pelakon senior. Semoga Johan Ariff Asa'ri terus melangkah mencapai segala impian yang beliau harapkan.

picture credited to google

2 comments:

djjd said...

minat kt johan <3

Artzlizan said...

ramai yang minat dia kan... terutama pompuan... kan kan kan... ;)