Saturday, August 24, 2013

AFDLIN SHAUKI DAN HARUN SALIM BACHIK JUAL KEK COKLAT

Boboi Jual Kek Coklat

AFDLIN SHAUKI DAN HARUN SALIM BACHIK JUAL KEK COKLAT

Adflin Shauki dan Harun Salim Bachik Jual Kek Coklat

Kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak melihat kerjasama artis dengan mana-mana syarikat bagi mempromosikan sesuatu produk hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Afdlin berkata, jika kerjasama yang dilakukan mengikut prosedur dan berasaskan konsep menang-menang, ia sebenarnya dapat memberi pulangan sama rata kepada kedua-dua belah pihak.

"Jika seseorang artis tahu mengenai pengaruh mereka dalam masyarakat dan menjadikannya sebagai satu perniagaan ia dapat memberikan kelebihan. "Tidak akan timbul sebelah pihak mempergunakan populariti mereka sekiranya ia dilakukan dengan betul," katanya pada sidang media pelancaran Boboi Extra Moist Chocolate Cake di Hotel Grand Continental di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Afdlin berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan syarikat Extra Delicious Sdn Bhd untuk menjual kek coklat tersebut kerana ingin memperkukuhkan jenama kumpulan itu. Afdlin berkata, kerjasama itu juga dibuat atas dasar untuk melihat usahawan Melayu yang mempunyai produk berkualiti memperluaskan promosi dengan menggunakan populariti artis.

Kedua-dua artis ini popular sebagai kumpulan Boboi dalam Maharaja Lawak Mega. Boboi Extra Moist Chocolate Cake dijual pada harga RM6.90 dan untuk maklumat lanjut boleh melayari www.emcc.my atau Facebook/Boboi.

AFDLIN SHAUKI DAN HARUN SALIM BACHIK JUAL KEK COKLAT
ikuti kisah hiburan di mStar

No comments: