Saturday, August 31, 2013

GAMBAR HANGAT FIDA UNTUK PRODUK PELANGSINGAN

Gambar Fida Yang Hangat Diperkatakan Peminat

GAMBAR HANGAT FIDA UNTUK PRODUK PELANGSINGAN

Gambar Hangat Fida Untuk Produk Pelangsingan

Menyedari gambarnya yang dimuat naik di akaun Instagram menjadi bualan hangat peminat, penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim tampil memberi penjelasan bagi menjernihkan keadaan. Menerusi sebuah portal berita, Fida menjelaskan busana yang dipakainya adalah bertujuan untuk mempromosikan sebuah produk kecantikan di mana dia telah dilantik sebagai duta.

"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya. "Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap.

Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar itu. "Lagipun saya duta produk pelangsingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan...?", ujar Fida yang akan muncul dengan single terbaru dengan Qalam band, sedikit masa lagi.

GAMBAR HANGAT FIDA UNTUK PRODUK PELANGSINGAN
ikuti kisah hiburan di Media Hiburan

No comments: