Monday, August 26, 2013

KES BENJY MILIKI DADAH DISEBUT SEMULA 11 SEPTEMBER

Kes Dadah Benjy

KES BENJY MILIKI DADAH DISEBUT SEMULA 11 SEPTEMBER

Kes Benjy Miliki Dadah Disebut Semula 11 September

Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin menetapkan 11 September untuk sebutan semula kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan lima rakannya atas tuduhan memiliki dadah. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Farhan Read dan peguam P.G Cyril untuk menarik diri daripada mewakili anak guam mereka.

Terdahulu, Farhan memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menarik diri daripada mewakili Imran Radzi Ibrahim dan perkara itu telah dimaklumkan kepada anak guamnya. Cyril juga memberitahu mahkamah beliau menarik diri daripada mewakili anak guamnya, Asmanizam Mohamed Akhir dan Norazila Arzami selepas tidak menerima arahan lanjut untuk mewakili pasangan suami isteri itu. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan pihaknya akan meminda pertuduhan yang dihadapi kesemua tertuduh tetapi perkara itu akan dikemukakan pada 11 September ini.

Benjy, 34, bersama lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi, 32, Asmanizam, 32, Norazila, 27, dan Afifi Hamidi, 27, didakwa memiliki beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas. Bagaimanapun, Zain Amir mengaku bersalah manakala Benjy serta empat yang lain minta dibicarakan. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

KES BENJY MILIKI DADAH DISEBUT SEMULA 11 SEPTEMBER
ikuti kisah hiburan di mStar

No comments: