Saturday, August 3, 2013

UNIC TERUSKAN PERJUANGAN TAMPIL DENGAN ALBUM BARU DOA

UNIC - DOA

UNIC TERUSKAN PERJUANGAN TAMPIL DENGAN ALBUM BARU DOA

Unic Teruskan Perjuangan Tampil Dengan Album Baru Doa

NAMA Unic pernah menjadi sebutan sejak kemunculan mereka pada tahun 2002. Meskipun berlaku pertukaran ahli sebelum ini, ia tidak membantutkan perjuangan mereka dalam berdakwah melalui muzik. Beberapa lagu dendangan Unic tetap menjadi siulan sehingga ke hari ini. Antaranya, Hanya Tuhan Yang Tahu, Balqis dan Ainul Mardiah.

Terbaru, mereka kembali dengan album Doa yang memuatkan 18 jenis doa termasuk Doa Dhuha, Doa Tahajjud dan Doa Taubat serta dua lagu Ya Hanana dan Ikramul Kareem. Unic yang kini dianggotai Ahmad Fadzli, Bazli Hazwan dan Fakhrul Radhi akui tidak menolak sekiranya berlaku pertambahan ahli dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan lain, Unic memberitahu undangan selain bulan Ramadan lebih meriah berbanding bulan Ramadan itu sendiri. Ini menepis tanggapan kumpulan nasyid hanya laku pada bulan Ramadan dan Syawal sahaja. Unic juga sudah hampir dua tahun menubuhkan syarikat sendiri yang diberi nama Unicdotmy Pro Sdn Bhd. Berkongsi tentang perancangan Unic pada Hari Raya Aidilfitri kelak, Unic akui mengambil peluang bercuti pada hari raya untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga masing-masing. Semoga UNIC terus maju dan terus mewarnai persada Nasyid tanah air.

UNIC TERUSKAN PERJUANGAN TAMPIL DENGAN ALBUM BARU DOA
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian

No comments: