Sunday, August 26, 2012

ELLA TERUJA DAPAT JUMPA KELUARGA SUAMI



Ella teruja dapat berjumpa dengan keluarga sebelah suaminya.
ELLA TERUJA DAPAT JUMPA KELUARGA SUAMI

Penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin teruja dapat bertemu dengan sanak saudara sebelah suaminya bersempena Hari Raya Aidilfitri ini. Ella, 46, berkata, kesempatan Syawal ini digunakan sebaiknya untuk melawat semua sanak saudara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya dengan Azhar Ghazali, 30-an, pada 7 Julai lalu.

Friday, August 24, 2012

FORTEEN DITUDUH GAY



Kumpulan Forteen

FORTEEN DITUDUH GAY

Kumpulan vokal baru, Forteen meminta masyarakat tidak tersalah anggap dengan melabelkan mereka sebagai lelaki gay kerana penampilan yang kemas dan bergaya. Anggotanya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22, (Izzue) berkata, imej dan fesyen yang mereka gayakan hanyalah penampilan luaran mengikut konsep muzik yang dipertaruhkan.

Saturday, May 26, 2012

ANZALNA USUNG KEKASIH HANIF

ANZALNA DAN HANIF

ANZALNA USUNG KEKASIH HANIF


PETALING JAYA: Pelakon Nur Anzalna Nasir tidak kisah dengan persepsi dan pertikaian umum berhubung kekerapannya membawa teman lelaki, Hanif Zaki menghadiri pelbagai acara hiburan. Menurut Anzalna, 24, perkara itu bukan satu masalah kerana jejaka yang sebaya dengannya itu telah diberikan kepercayaan oleh keluarga untuk menemaninya memandangkan dia tidak mempunyai pembantu peribadi. “Keluarga tahu Hanif selalu menemankan saya atas urusan kerja. Jika ibu atau adik-beradik tidak sempat menemankan saya, maka Hanif akan diberikan amanah itu.

Lisa Surihani Gembira Berat Badan Naik Selepas Kahwin

LISA SURIHANI


Lisa Surihani Gembira Berat Badan Naik Selepas Kahwin


KUALA LUMPUR: Pelakon Lisa Surihani mengakui berat badannya telah meningkat sebanyak empat kilogram selepas tiga bulan berkahwin dengan pengarah, Yusry Abdul Halim. Lisa berkata, dia memang berhasrat untuk menaikkan berat badannya kerana merasakan dirinya terlalu kurus. "Berat sebelum kahwin 46 kilogram dan sekarang telah bertambah kepada 50 kilogram dan saya gembira dengan peningkatan itu kerana berat badan saya dibawah paras ideal sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online.

Sunday, January 1, 2012

ARTIS DAN AZAM 2012

ARTIS DAN AZAM 2012

Artis dan Azam 2012. Setiap orang pasti mendoakan kehidupan yang lebih baik pada tahun 2012 selepas tahun 2011 melabuhkan tirainya. 2012 yang menjelang memberi erti kepada sebahagian besar artis-artis kita. Ada yang ingin mendirikan rumah tangga, ada juga yang ingin mengukuhkan kerjaya agar memperoleh pendapatan yang lebih sebagai tuntutan nafkah kehidupan.