Friday, August 24, 2012

FORTEEN DITUDUH GAY



Kumpulan Forteen

FORTEEN DITUDUH GAY

Kumpulan vokal baru, Forteen meminta masyarakat tidak tersalah anggap dengan melabelkan mereka sebagai lelaki gay kerana penampilan yang kemas dan bergaya. Anggotanya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22, (Izzue) berkata, imej dan fesyen yang mereka gayakan hanyalah penampilan luaran mengikut konsep muzik yang dipertaruhkan.


“Memang sudah banyak kali kami dengar mengenai tuduhan kononnya Forteen adalah kumpulan lelaki gay dan songsang kerana imej yang kami tonjolkan. “Orang perlu tahu bahawa imej dan fesyen ini hanya luaran sahaja. Hakikatnya, kami adalah lelaki sejati,” katanya ketika ditemui di Menara Star di sini.
Mengenai Hari Raya, keempat-empat anak muda di bawah naungan KRU Music ini bercuti selama seminggu sebelum menyambung semula jadual seni mereka.
FORTEEN DITUDUH GAY

No comments: