Friday, October 11, 2013

AERIL ZAFREL SEDIH BILA ANAKNYA DILABEL ANAK HARAM

Aeril Zafrel

AERIL ZAFREL SEDIH BILA ANAKNYA DILABEL ANAK HARAM

Aeril Zafrel Sedih Bila Anaknya Dilabel Anak Haram

Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu. Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata. Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Friday, September 27, 2013

TAHNIAH DAN SELAMAT BERBAHAGIA ADAM AF2 DAN FIZA ELITE

Adam AF2 dan Fiza Elite serta anak mereka

TAHNIAH DAN SELAMAT BERBAHAGIA ADAM AF2 DAN FIZA ELITE

Tahniah Dan Selamat Berbahagia Adam AF2 dan Fiza Elite

Penyanyi Mohd Aizam Mat Saman atau Adam sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak hasil perkahwinan pertama isterinya, pelakon Fiza (Elite) sebelum ini. Adam, 30, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai satu kelebihan kurniaan Allah dan bersyukur kedua-dua kanak-kanak tersebut cukup rapat dengannya.

Sunday, September 15, 2013

ANTARA NABILA HUDA AMY SEARCH DAN KEISHA LAILA

Nabila Huda dan Keisha Laila

ANTARA NABILA HUDA AMY SEARCH DAN KEISHA LAILA

Antara Nabila Huda Amy Search Dan Keisha Laila

SEJAK dirinya terlibat dalam kemalangan bersama anak dan seorang rakan selebriti, pelbagai kisah mula timbul mengaitkan aktres popular ini. Bukan sahaja dimarahi bekas suami di atas kecuaian rakannya dalam memandu sehingga mengakibatkan kecederaan kepada anaknya, Keisha Laila, 4, Nabila Huda dihunus pelbagai persoalan mengenai kenyataan bapanya.

FILEM VIKINGDOM KUTIP RM10 JUTA SEBELUM TAYANGAN

VIKINGDOM

FILEM VIKINGDOM KUTIP RM10 JUTA SEBELUM TAYANGAN

Filem Vikingdom Kutip RM10 Juta Sebelum Tayangan

Biarpun baru ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 12 September lalu, filem termahal Malaysia, 'Vikingdom' terbitan KRU Studios telah pun menjana pulangan sebanyak RM10 juta hasil penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika dan beberapa negara lain

Saturday, September 14, 2013

TAHNIAH ANNE NGASRI SELAMAT BERSALIN ANAK KEEMPAT

Anne Ngasri

TAHNIAH ANNE NGASRI SELAMAT BERSALIN ANAK KEEMPAT

Tahniah Anne Ngasri Selamat Bersalin Anak Keempat

PELAKON Anne Ngasri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 9 September lalu, dan berita gembira tersebut dikongsi Anne sendiri menerusi akaun Twitternya. Bayi seberat 3.4 kilogram ini merupakan anak keempat Anne Ngasri dan yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan suaminya, Mohd Sumali Reduan pada bulan Disember tahun lalu.

TAHNIAH BUAT BLACK DAN CHIRA KHAIRI SAH SUAMI ISTERI

Pernikahan Black dan Chira Khairi

TAHNIAH BUAT BLACK DAN CHIRA KHAIRI SAH SUAMI ISTERI

Tahniah Buat Black dan Chira Khairi Sah Suami Isteri

HANYA dengan sekali lafaz tepat jam 12.06 tengahari 13 September 2013 Hanifah Md Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan. Black dan Chira telah diijabkabulkan oleh bapa Chira sendiri dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.

Monday, September 9, 2013

FOUZIAH GOUS MENGHITUNG HARI MENUJU HARI BAHAGIA

FOUZIAH GOUS

FOUZIAH GOUS MENGHITUNG HARI MENUJU HARI BAHAGIA

Fouziah Gous Menghitung Hari Menuju Hari Bahagia

SEJAK mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu, tiada apa yang lebih mengujakan aktres berbakat besar, Fouziah Ghous selain menghitung hari menuju hari bahagianya. Memilih hujung tahun ini untuk disatukan, jelas Fouziah, dia sudah mula memperlahankan karier seninya bagi memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinannya.

ZIZAN RAZAK BERI NAFAS BARU AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF 2013)

Zizan Razak Pengacara AF 2013

ZIZAN RAZAK BERI NAFAS BARU AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF 2013)

Zizan Razak Beri Nafas Baru Akademi Fantasia 2013 (#AF 2013)

Pemilihan Pelawak Zizan Razak sebagai pengacara musim baharu program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) adalah bagi memberi nafas baru kepada program tersebut. Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Zizan mempunyai kriteria yang berbeza dengan pengacara sebelum ini dan mampu memberi nafas baru pada AF 2013.

Sunday, September 8, 2013

ANAK AHMAD DHANI ABDUL QODIR JAELANI KEMALANGAN PATAH KAKI

Ahmad Dhani

ANAK AHMAD DHANI ABDUL QODIR JAELANI KEMALANGAN PATAH KAKI

Anak Ahmad Dhani Abdul Qodir Jaelani Kemalangan Patah Kaki

ANAK ketiga komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani mengalami patah kaki kanan akibat akibat kemalangan jalan raya di Tol Jagorawi, Jakarta. Kemalangan itu turut meragut lima nyawa manakala 10 orang lain cedera. "Ahmad Abdul Qodir Jaelani, patah kaki sebelah kanan," kata Ketua Unit AKP Jakarta Timur, Kanit Laka dalam pesan ringkas SMSnya, lapor Detik.com, hari ini.

ANNE NGASRI JADI KETUA PUTERI UMNO DATARAN MERDEKA

Anne Ngasri

ANNE NGASRI JADI KETUA PUTERI UMNO DATARAN MERDEKA

Anne Ngasri Jadi Ketua Puteri Umno Dataran Merdeka

Pelakon wanita popular, Naszriah Ngasri atau lebih mesra dikenali sebagai Anne dipilih sebulat suara sebagai Ketua Puteri Umno cawangan Dataran Merdeka dalam mesyuarat cawangan itu, hari ini. Laporan BH Online menyebut, cawangan berkenaan turut menyaksikan perubahan pucuk pimpinan apabila Naib Ketua Cawangan, Nor Adnan Zainal Abidin dipilih sebagai Ketua Cawangan berikutan kekosongan kerusi itu.

Saturday, September 7, 2013

MAYA KARIN DAN ADIKNYA IRINA BELI RUMAH DI LONDON

Maya Karin Bersama Adiknya Irina Melati

MAYA KARIN DAN ADIKNYA IRINA BELI RUMAH DI LONDON

Maya Karin Dan Adiknya Irina Beli Rumah Di London

Sudah agak lama kita tidak mendengar cerita Maya Karin. Baru-baru ini ada rakan berjumpa dengan Maya dalam satu majlis dan mendengar bermacam cerita menarik daripadanya. Antara yang dapat dikongsikan adalah Maya sudah pun membeli sebuah rumah di London bersama adik perempuannya Irina yang masih bujang.

ATILIA MASIH TERASA KEHILANGAN BEKAS SUAMI YANG MENINGGAL DUNIA

Gambar Kenangan Atilia Sewaktu Menyertai Sehati Berdansa Pada 2007

ATILIA MASIH TERASA KEHILANGAN BEKAS SUAMI YANG MENINGGAL DUNIA

Atilia Masih Terasa Kehilangan Bekas Suami Yang Meninggal Dunia

Penyanyi Atilia Haron mengakui masih terasa kehilangan bekas suaminya, Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, yang meninggal dunia pada 7 Ogos lalu akibat penyakit kanser hati. Atilia atau nama sebenar Raja Puteri Atilia Raja Haron, 39, berkata, dia sempat menjaga bekas suaminya itu pada empat bulan terakhir sebelum pemergiannya. "Ia berlalu dengan cepat. Dia dapat tahu penyakit itu empat bulan sebelum meninggal dunia iaitu sewaktu penyakitnya berada dalam keadaan serius.

Friday, September 6, 2013

AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF2013)

Akademi Fantasia 2013

AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF2013)

Akademi Fantasia 2013 (#AF2013)

Pertama kalinya dalam sejarah penerbitan program realiti hiburan popular Akademi Fantasia membawakan sesuatu kelainan dalam industri seni hiburan tanah air serta beberapa pembaharuan daripada segi format telah diperkenalkan bagi bagi memantapkan lagi mutu pengisian AF 2013 agar terus segar serta menepati kehendak penonton.

AIDA YUSOF TETAP BERDIRI TEGUH DI BELAKANG ADI PUTRA

Aida Yusof dan Adi Putra

AIDA YUSOF TETAP BERDIRI TEGUH DI BELAKANG ADI PUTRA

Aida Yusof Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Adi Putra

Biarpun rumah tangganya kini sekali lagi dilanda ujian, isteri kepada pelakon Adi Putra, Aida Yusof menegaskan kontroversi ini tidak akan sesekali menggugat keharmonian hubungan mereka. "Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. "Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya," ujar Aida yang dipetik daripada Berita Harian.

DARK CLOUDS SINGLE INGGERIS TARUHAN TERBARU MOJO

MOJO

DARK CLOUDS SINGLE INGGERIS TARUHAN TERBARU MOJO

Dark Clouds Single Inggeris Taruhan Terbaru Mojo

SELEPAS muncul single hit pertama Andai Ku Bercinta Lagi, Mojo melangkah setapak lagi dengan melancarkan lagu tema filem Vikingdom iaitu Dark Clouds. Ia menjadi single terbaru untuk meneruskan strategi pemasaran ke peringkat antarabangsa selepas kejayaan mereka mengembangkan muzik di Hong Kong. Menariknya, Dark Clouds merupakan single Inggeris pertama diselitkan dalam filem terbaru KRU yang bakal ditayangkan ke lebih 80 buah negara mulai bulan ini.

BRONT PALARAE SUDAH BERNIKAH PADA 31 OGOS 2013

Bront Palarae

BRONT PALARAE SUDAH BERNIKAH PADA 31 OGOS 2013

Bront Palarae Sudah Bernikah Pada 31 Ogos 2013

Selepas menafikan laporan sebuah akhbar yang menyatakan dirinya telah bernikah, aktor terkenal, Bront Palarae akhirnya mengakui telah selamat bergelar suami kepada seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan dengan sekali lafaz pada pada 31 Ogos lalu.

Thursday, September 5, 2013

AIDIL ZAFUAN DAN RITA RUDAINI SAH BERCERAI TALAK SATU

Aidil Zafuan dan Rita Rudaini

AIDIL ZAFUAN DAN RITA RUDAINI SAH BERCERAI TALAK SATU

Aidil Zafuan dan Rita Rudaini Sah Bercerai Talak Satu

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar sah bercerai talak satu dengan pasangannya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, di sini, Khamis. Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohd Aidil, 26, kepada Rita Rudaini, 37, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

BETUL KE SKANDAL ADI PUTRA DENGAN ISTERI ORANG

Adi Putra

BETUL KE SKANDAL ADI PUTRA DENGAN ISTERI ORANG

Betul Ke Skandal Adi Putra Dengan Isteri Orang

Pelakon Adi Putra, 32, didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Khamis, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

IFA RAZIAH SUNTIK PLASENTA DAN RAWATAN OZON

Ifa Raziah

IFA RAZIAH SUNTIK PLASENTA DAN RAWATAN OZON

Ifa Raziah Suntik Plasenta dan Rawatan Ozon

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah. Biarpun tidak sepopular beberapa artis terkenal Malaysia, namun kehadiran Ifa masih disedari peminat industri tempatan. Tolak ke tepi beberapa kontroversi yang pernah melanda Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, sebelum ini, kerana Ifa telah membuktikan dia bukannya artis yang hanya berbekalkan kisah-kisah kontroversi buat peminat.

KUZA MAKIN BERSERI DENGAN IMEJ BERTUDUNG

Kuza Dengan Imej Bertudung

KUZA MAKIN BERSERI DENGAN IMEJ BERTUDUNG

Kuza Makin Berseri Dengan Imej Bertudung

Pelakon cantik Kuza kelihatan semakin berseri dengan imej bertudung yang baru digayakannya. Kuza yang ditemui MH Online dalam satu majlis rumah terbuka ini juga mengakui, dia kini semakin selesa malah berbangga dengan imej terbarunya itu. "Alhamdulillah, saya mula bertudung pada hari pertama umat Islam berpuasa. Saya mengambil keputusan untuk bertudung selepas terbuka hati dan sudah bersedia sepenuhnya untuk berhijab.

JEP SEPAHTU TOLAK TAWARAN JADI DEEJAY RADIO

Jep Sepahtu

JEP SEPAHTU TOLAK TAWARAN JADI DEEJAY RADIO

Jep Sepahtu Tolak Tawaran Jadi Deejay Radio

Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu, menolak tawaran untuk bergelar deejay radio sebuah stesen swasta walaupun sudah banyak kali menerima peluang itu. Jep, 28, berkata, ini kerana dia mempunyai jadual kerja yang padat selain mahu memberi komitmen dalam bidang lakonan terlebih dahulu.

Wednesday, September 4, 2013

EDRY KRU DITUDUH SEBAGAI KAKI CIPLAK

Edry KRU

EDRY KRU DITUDUH SEBAGAI KAKI CIPLAK

Edry KRU Dituduh Sebagai Kaki Ciplak

Komposer Edry Abdul Halim merasakan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia gemar menciplak karya luar setiap kali menghasilkan lagu disifatkan mengarut. Edry, 37, berkata, dia tidak mahu mengambil kritikan itu secara serius dan menganggap mereka yang bercakap tidak tahu apa-apa mengenai bidang muzik. "Saya rasa, dakwaan sebegitu bukan sahaja berlaku pada diri saya tetapi juga komposer-komposer lain.

Tuesday, September 3, 2013

SIAPA HASUT ZAIN SAIDIN TINGGALKAN ROZITA CHE WAN

Zain Saidin dan Rozita Che Wan

SIAPA HASUT ZAIN SAIDIN TINGGALKAN ROZITA CHE WAN

Siapa Hasut Zain Saidin Tinggalkan Rozita Che Wan

Ketika Zain Saidin sedang berkira-kira tentang hari pernikahannya dengan Rozita Che Wan, aktor kacak itu berhadapan dengan ujian getir apabila ada pihak cuba memburuk-burukkan kekasihnya dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan mereka. Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, pihak berkenaan menghasutnya agar membenci Rozita, 40, dengan membuka aib termasuklah bercerita kisah-kisah buruk zaman silam wanita itu.

Monday, September 2, 2013

AIR MATA MENGALIR DI MALAM PUISI DARAH DAN AIR MATA

Malam Puisi Darah dan Air Mata

AIR MATA MENGALIR DI MALAM PUISI DARAH DAN AIR MATA

Air Mata Mengalir Di Malam Puisi Darah dan Air Mata

Kira-kira 400 orang hadir memeriahkan Malam Puisi Darah dan Air Mata anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf, malam tadi. Penasihatnya, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, program diadakan bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai terhadap kekejaman yang berlaku di timur tengah.

SURI CRUISE ANAK PELAKON TOM CRUISE PATAH TANGAN

Suri Cruise

SURI CRUISE ANAK PELAKON TOM CRUISE PATAH TANGAN

Suri Cruise Anak Pelakon Tom Cruise Patah Tangan

ANAK kepada pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes iaitu Suri Cruise dilaporkan telah mengalami patah tangan dan dipercayai terjatuh ketika sedang bermain di rumahnya di Manhattan, New York. Suri yang tinggal bersama ibunya sejak pasangan itu bercerai pada tahun lalu kini sedang berehat dirumah sejak daripada kejadian itu.

Sunday, September 1, 2013

GOSIP CINTA SHILA AMZAH DENGAN JOHAN ASARI

Gambar Mesra Shila Amzah dan Johan Asari Bersama Keluarga

GOSIP CINTA SHILA AMZAH DENGAN JOHAN ASARI

Gosip Cinta Shila Amzah Dengan Johan Asari

BUKAN sekali dua dirinya digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan selebriti lelaki tanah air. Selepas dikaitkan dengan Awi Rafael, Shila Amzah dikaitkan pula dengan pelakon popular, Johan Asari. Tetapi, bagaikan sudah lali dengan segala khabar angin itu, beliau kini hanya mampu tersenyum tatkala diajukan pertanyaan berhubung perkara itu.

KISAH HALIM OTHMAN DAN DANIA DANISHA

Halim Othman dan Dania Danisha

KISAH HALIM OTHMAN DAN DANIA DANISHA

Kisah Halim Othman dan Dania Danisha

Penyampai radio Suria FM, Halim Othman enggan mengulas mengenai kontroversi dakwaan seorang wanita yang mengaku kekasihnya kerana menyifatkan tindakan itu hanya membuang masa. Jelas Halim, isu tersebut juga tidak memberi kepentingan kepada masyarakat malah menurutnya adalah lebih baik jika ia tidak diceritakan secara umum. "Saya tidak mahu komen lagi tentang perkara ini. Benda ini adalah satu perkara yang buang masa.

Saturday, August 31, 2013

GAMBAR HANGAT FIDA UNTUK PRODUK PELANGSINGAN

Gambar Fida Yang Hangat Diperkatakan Peminat

GAMBAR HANGAT FIDA UNTUK PRODUK PELANGSINGAN

Gambar Hangat Fida Untuk Produk Pelangsingan

Menyedari gambarnya yang dimuat naik di akaun Instagram menjadi bualan hangat peminat, penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim tampil memberi penjelasan bagi menjernihkan keadaan. Menerusi sebuah portal berita, Fida menjelaskan busana yang dipakainya adalah bertujuan untuk mempromosikan sebuah produk kecantikan di mana dia telah dilantik sebagai duta.

ISU TENDER IKLAN MERDEKA RM450 RIBU FINAS

FINAS

ISU TENDER IKLAN MERDEKA RM450 RIBU FINAS

Isu Tender Iklan Merdeka RM450 Ribu Finas

Isu bajet iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu masih belum reda apabila Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) pula mempersoalkan agensi itu dalam pemberian tender. Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan dan mendesak supaya Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi.

Friday, August 30, 2013

AKHIRNYA PULAU PINANG TAYANG TANDA PUTERA MULAI SABTU

Filem Tanda Putera

AKHIRNYA PULAU PINANG TAYANG TANDA PUTERA MULAI SABTU

Akhirnya Pulau Pinang Tayang Tanda Putera Mulai Sabtu

Filem yang mengundang perdebatan hangat dikalangan masyarakat Malaysia ketika ini, 'Tanda Putera' bakal ditayangkan di pawagam seluruh Pulau Pinang mulai Sabtu ini, dua hari lewat daripada tarikh tayangan umumnya di seluruh negara yang bermula 29 Ogos lalu.

Thursday, August 29, 2013

KL GANGSTER 2 FULL MOVIE KENA SABOTAJ DI INTERNET

Peringatan Syamsul Tentang KL Gangster 2

KL GANGSTER 2 FULL MOVIE KENA SABOTAJ DI INTERNET

KL Gangster 2 Full Movie Kena Sabotaj Di Internet

Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan penyebaran filem terbaharu terbitan Skop Production iaitu KL Gangster 2 di Internet sebagai satu sabotaj oleh pihak tertentu. Yusof, 59, berkata, dia kecewa dengan berita penyebaran filem arahan Syamsul Yusof itu sehingga ia boleh dimuat naik sebelum tarikh tayangan kerana perbuatan tersebut telah melanggar undang-undang.

Wednesday, August 28, 2013

ZAYN MALIK DAN PERRIE EDWARDS BERTUNANG

Zayn Malik dan Perrie Edwards

ZAYN MALIK DAN PERRIE EDWARDS BERTUNANG

Zayn Malik dan Perrie Edwards Bertunang

SETELAH melamar kekasihnya pada minggu lalu, Zayn Malik akhirnya membawa hubungan itu pada ikatan pertunangan. Malah, tindakan Zayn itu membuktikan bahawa dia serius dalam perhubungan bersama kekasihnya, Perrie Edwards.

ZIZAN RAZAK BAKAL JADI HOS AKADEMI FANTASIA 2013

Zizan Razak

ZIZAN RAZAK BAKAL JADI HOS AKADEMI FANTASIA 2013

Zizan Razak Bakal Jadi Hos Akademi Fantasia 2013

Pelawak dan pelakon Zizan Razak mengakui pengalamannya sebagai seorang pengacara belum cukup untuk melayakkannya menjadi hos program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bersiaran pada September ini. Zizan, 29, berkata, dia bimbang tidak dapat menyaingi kehebatan pengacara terdahulu yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan rancangan realiti itu.

Tuesday, August 27, 2013

NELYDIA SENROSE BELUM SEDIA JADI ISTERI QI RAZALI

Qi Razali dan Nelydia Senrose

NELYDIA SENROSE BELUM SEDIA JADI ISTERI QI RAZALI

Nelydia Senrose Belum Sedia Jadi Isteri Qi Razali

Pelakon Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda. Nelydia, 19, atau lebih senang disapa Nely berkata, ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya. "Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Monday, August 26, 2013

SYANIE SUDAH BERTUNANG BAKAL KAHWIN MAC 2014

Syanie Sudah Bertunang Syawal Lalu

SYANIE SUDAH BERTUNANG BAKAL KAHWIN MAC 2014

Syanie Sudah Bertunang Bakal Kahwin Mac 2014

Sekalung ucapan tahniah buat pelakon Syanie atas berita gembira pertunangan beliau. Walaupun pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga pertama, nyata ianya tidak mematahkan hasrat pelakon Syanie Hisham untuk kembali bergelar suri buat kali kedua. Syanie turut mendedahkan dia kini sudah menjadi tunangan orang pada Syawal lalu dan akan mengadakan majlis perkahwinannya pada Mac tahun depan.

KES BENJY MILIKI DADAH DISEBUT SEMULA 11 SEPTEMBER

Kes Dadah Benjy

KES BENJY MILIKI DADAH DISEBUT SEMULA 11 SEPTEMBER

Kes Benjy Miliki Dadah Disebut Semula 11 September

Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin menetapkan 11 September untuk sebutan semula kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan lima rakannya atas tuduhan memiliki dadah. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Farhan Read dan peguam P.G Cyril untuk menarik diri daripada mewakili anak guam mereka.

Sunday, August 25, 2013

VINCE DAN FIONA KAHWIN MAC 2014 DI TAMAN JANDA BAIK

Vince dan Fiona

VINCE DAN FIONA KAHWIN MAC 2014 DI TAMAN JANDA BAIK

Vince dan Fiona Kahwin Mac 2014 di taman Janda Baik

Penyanyi Vince memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun depan dengan seorang pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airline System (MAS), Fiona Edward, 32. Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong, 33, berkata, dia sudah memilih lokasi di sebuah taman di Janda Baik dengan bertemakan perkahwinan dalam taman.

JEHAN MISKIN JAWAB KONTROVERSI GAMBAR SALIB

Gambar Kontroversi Jehan Miskin

JEHAN MISKIN JAWAB KONTROVERSI GAMBAR SALIB

Jehan Miskin Jawab Kontroversi Gambar Salib

Pelakon Jehan Miskin menegaskan loket yang dipakai bersama isterinya dalam gambar yang dimuat naik melalui akaun instagram adalah merupakan lambang Persekutuan Pengakap Malaysia (Pengakap) dan bukan simbol salib. Jehan, 34, berkata, aksesori itu merupakan tajaan daripada Thomas Sabo kerana dia dan isteri Julie Camelia Rhee, 29, merupakan antara pelanggan tetap jenama aksesori tersebut.

Saturday, August 24, 2013

AIMAN DAN NUR FATHIA DALAM KOMEDI ROMANTIK DIANDRA

Diandra

AIMAN DAN NUR FATHIA DALAM KOMEDI ROMANTIK DIANDRA

Aiman dan Nur Fathia Dalam Komedi Romantik Diandra

Menggantikan 'Kisah Cinta', jangan lepaskan peluang menyaksikan drama romantik komedi, ‘Diandra’ yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia menerusi slot Lestary, bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Asia Media Content (AMC) ini mengisahkan Diandra (Nur Fathia) yang merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’.

AFDLIN SHAUKI DAN HARUN SALIM BACHIK JUAL KEK COKLAT

Boboi Jual Kek Coklat

AFDLIN SHAUKI DAN HARUN SALIM BACHIK JUAL KEK COKLAT

Adflin Shauki dan Harun Salim Bachik Jual Kek Coklat

Kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak melihat kerjasama artis dengan mana-mana syarikat bagi mempromosikan sesuatu produk hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Afdlin berkata, jika kerjasama yang dilakukan mengikut prosedur dan berasaskan konsep menang-menang, ia sebenarnya dapat memberi pulangan sama rata kepada kedua-dua belah pihak.

Friday, August 23, 2013

MENGAPA KEMENANGAN LISA SURIHANI DIPERTIKAI

Lisa Surihani

MENGAPA KEMENANGAN LISA SURIHANI DIPERTIKAI

Mengapa Kemenangan Lisa Surihani Dipertikai

PELAKON popular, Lisa Surihani bukanlah nama picisan dalam industri seni tempatan. Bukan sahaja memiliki personaliti menarik, malah isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Yusry Abd Halim ini juga hebat di skrin. Kemenangannya di Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) pada 2008 menerusi anugerah Pelakon Harapan Wanita membuktikan kredibiliti aktres, I'm Not Single ini bukanlah omongan kosong.

PEKIN DAN UQASHA SENROSE BAKAL KAHWIN TAHUN DEPAN

Pekin dan Uqasha Senrose

PEKIN DAN UQASHA SENROSE BAKAL KAHWIN TAHUN DEPAN

Pekin dan Uqasha Senrose Bakal Kahwin Tahun Depan

“KALAU diikutkan, esok juga saya ingin berkahwin dengan Uqasha tapi banyak pula proses yang perlu diselesaikan. Lagipun ia bukan perkara main-main dan saya sangat berharap hubungan kami akan ke jinjang pelamin,” ujar Pekin, sebaik sahaja diajukan mengenai hubungan dengan aktres jelita, Uqasha Senrose.

Thursday, August 22, 2013

SITI NURHALIZA FAIZAL TAHIR MELLY GOESLAW TENAGA PENGAJAR AF 2013

Melly Goeslaw, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza Tenaga Pengajar AF 2013

SITI NURHALIZA FAIZAL TAHIR MELLY GOESLAW TENAGA PENGAJAR AF 2013

Siti Nurhaliza Faizal Tahir Melly Goeslaw Tenaga Pengajar AF 2013

Tiga nama besar dalam industri hiburan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw dan Faizal Tahir bakal menerajui Akademi Fantasia 2013 sebagai tenaga pengajar musim ini. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pemilihan ketiga-tiga selebriti ini berdasarkan kredibiliti masing-masing selain menggantikan peranan pengetua seperti musim-musim terdahulu.

JUSTIN BIEBER KENA FITNAH BERPESTA DADAH DAN SIMPAN DADAH

Kereta Justin Bieber Digeledah Pihak Polis

JUSTIN BIEBER KENA FITNAH BERPESTA DADAH DAN SIMPAN DADAH

Justin Bieber Kena Fitnah Berpesta Dadah dan Simpan Dadah

APALAH nasib Justin Bieber apabila dia difitnah kononnya berpesta dadah bersama rakan-rakannya dan menyimpan barang terlarang itu di dalam begnya. Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi muda bersama pengawal keselamatannya itu telah ditahan oleh sekumpulan polis di bandar Fort Lauderdale, Florida apabila mereka dicurigai membawa dadah.

Wednesday, August 21, 2013

BLACK DAN CIRA KHAIRI BAKAL KAHWIN 13 SEPTEMBER 2013

Black dan Cira Khairi

BLACK DAN CIRA KHAIRI BAKAL KAHWIN 13 SEPTEMBER 2013

Black dan Cira Khairi Bakal Kahwin 13 september 2013

Ucapan setinggi tahniah harus kita ucapkan buat penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah yang bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 13 September ini bersama gadis pilihannya, Naquira Yasira Mohamad Khairi atau lebih dikenali sebagai Cira Khairi. Black mula mengenali gadis lulusan Melbourne, Australia ini sejak bulan Februari lalu dan selepas berkenalan selama dua bulan, mereka mengambil keputusan untuk bertunang pada bulan April yang lalu.

FIZO OMAR SUDAH TUNGGANG MOTOSIKAL DI LITAR SEPANG

Fizo Omar

FIZO OMAR SUDAH TUNGGANG MOTOSIKAL DI LITAR SEPANG

Fizo Omar Sudah Tunggang Motosikal Di Litar Sepang

Pelakon Fizo Omar memperluaskan hobinya sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan menunggangnya di litar Sepang, dekat sini. Fizo, 28, berkata, dia mula mempelajari teknik berlumba di litar dengan cara yang betul bersama pelumba-pelumba sebenar. "Saya belajar menunggang motosikal di litar Sepang dengan kawan-kawan saya yang memang seorang pelumba motosikal profesional.

Sunday, August 18, 2013

VOKALIS MOJO AWEERA MUFLIS SEBAB HUTANG LAMA

Aweera Mojo

VOKALIS MOJO AWEERA MUFLIS SEBAB HUTANG LAMA

Vokalis Mojo Aweera Muflis Sebab Hutang Lama

Akibat menanggung hutang lama yang tertunggak, vokalis kumpulan Mojo, Aweera mengesahkan dirinya telah diisytiharkan muflis sejak 11 Julai lalu. "Status muflis itu memang berkait dengan diri saya. Ini kisah hutang lama, sudah lama sangat. Bagaimanapun saya tidak boleh beri komen panjang kerana masih dalam usaha untuk mengatasi masalah ini," ujar Aweera yang dipetik daripada Utusan Online.

JEPP SEPAHTU ARTIS LAWAK LELAKI POPULAR

Jepp Sepahtu

JEPP SEPAHTU ARTIS LAWAK LELAKI POPULAR

Pelawak Jepp Sepahtu mengakui berasa risau dengan dirinya yang mungkin lupa diri atas kejayaan yang dimiliki. Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata kegusaran itu membuatkan dia sentiasa mengingati pesanan ayahnya agar tidak tersasar daripada jalan kejayaan yang ingin dituju. "Dalam mengejar cita-cita untuk menempa nama sebagai pelawak yang berjaya, saya selalu risau sekiranya saya tersasar dari landasan terutamanya lupa diri dengan asal-usul.

Saturday, August 17, 2013

ISTANBUL AKU DATANG UNGGULI ANUGERAH LAWAK WARNA


Dari kiri: Lisa, Lina tan, tengku Iesta dan Rafidah antara yang menjayakan filem 'Istanbul Aku Datang'.

Istanbul Aku Datang Ungguli Anugerah Lawak Warna

Filem Istanbul Aku Datang mengungguli Anugerah Lawak Warna (ALW) bagi mengiktiraf kerja-kerja pelawak anjuran Astro Warna yang diadakan di Istana Budaya di sini malam Jumaat. Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, Istanbul Aku Datang meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).

Friday, August 16, 2013

BERITA PALSU ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN BERTUNANG

Zain Saidin dan Rozita Che Wan

BERITA PALSU ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN BERTUNANG

Berita Palsu Rozita Che Wan dan Zain Saidin Bertunang

Pelakon Rozita Che Wan mempertikaikan tindakan seorang peminatnya yang menyebarkan cerita palsu di laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya ketiga lalu. Berita Harian melaporkan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, mengakui menyedari kehadiran pemuda tersebut pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.