Sunday, September 15, 2013

FILEM VIKINGDOM KUTIP RM10 JUTA SEBELUM TAYANGAN

VIKINGDOM

FILEM VIKINGDOM KUTIP RM10 JUTA SEBELUM TAYANGAN

Filem Vikingdom Kutip RM10 Juta Sebelum Tayangan

Biarpun baru ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 12 September lalu, filem termahal Malaysia, 'Vikingdom' terbitan KRU Studios telah pun menjana pulangan sebanyak RM10 juta hasil penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika dan beberapa negara lain

"Vikingdom mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa. "Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil," ujar pengarahnya, Yusry Abdul Halim.

Dalam perkembangan sama, filem yang menampilkan lakonan hebat Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe bakal menemui penonton Amerika Syarikat bermula 4 Oktober depan. Tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga kerja 'Vikingdom', semoga filem ini akan mencatat kutipan memberangsangkan selepas ditayangkan di Malaysia. Tahniah KRU Studios.

FILEM VIKINGDOM KUTIP RM10 JUTA SEBELUM TAYANGAN
ikuti kisah hiburan di Media Hiburan

No comments: