Thursday, August 1, 2013

SEKUEL ADAM DAN HAWA BAKAL TEMUI PENONTON DI PAWAGAM

SEKUEL ADAM DAN HAWA BAKAL TEMUI PENONTON DI PAWAGAM

Sekuel Adam dan Hawa Bakal Temui Penonton Di Pawagam Berita ini tentunya menggembirakan peminat setia drama bersiri 'Adam & Hawa' apabila pelakon yang memegang watak Ain Hawani, Nadiya Nisaa mendedahkan penggambaran filem untuk sekuel drama ini akan bermula September nanti.

"Filem ini adalah sekuel kepada drama Adam & Hawa. Watak yang saya pegang masih sama iaitu Ain Hawani dan mungkin karakter dan jalan cerita ada sedikit perbezaan memandangkan ia adalah sambungan kisah Adam & Hawa dalam drama.

"Jadual saya dan Aaron agak padat sehingga akhir tahun ini dan kami akan mula menjalani penggambaran pada September di sekitar Kuala Lumpur dan juga New Zealand," katanya yang mengakui sangat gementar untuk membawa watak itu semula. Sebelum ini, drama bersiri 'Adam & Hawa' mendapat sambutan hangat penonton yang merupakan sebuah karya yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk sama hasil nukilan Aisya Sofea.

SEKUEL ADAM DAN HAWA BAKAL TEMUI PENONTON DI PAWAGAM
ikuti kisah hiburan di Media Hiburan

No comments: