Sunday, August 18, 2013

VOKALIS MOJO AWEERA MUFLIS SEBAB HUTANG LAMA

Aweera Mojo

VOKALIS MOJO AWEERA MUFLIS SEBAB HUTANG LAMA

Vokalis Mojo Aweera Muflis Sebab Hutang Lama

Akibat menanggung hutang lama yang tertunggak, vokalis kumpulan Mojo, Aweera mengesahkan dirinya telah diisytiharkan muflis sejak 11 Julai lalu. "Status muflis itu memang berkait dengan diri saya. Ini kisah hutang lama, sudah lama sangat. Bagaimanapun saya tidak boleh beri komen panjang kerana masih dalam usaha untuk mengatasi masalah ini," ujar Aweera yang dipetik daripada Utusan Online.

Pun begitu, Aweera menjelaskan masalah yang dihadapi tidak mengganggu kerjayanya buat masa ini dan dia akan memberi penjelasan lanjut selepas berjaya diselesaikan. Sebelum ini, dalam notis yang disiarkan di akhbar, satu mesyuarat bakal diadakan pada 23 Ogos ini bersama Jabatan Insolvensi berkaitan sejumlah hutang yang dibuat oleh Aweera dengan salah sebuah bank tempatan.

VOKALIS MOJO AWEERA MUFLIS SEBAB HUTANG LAMA
ikuti kisah hiburan di Media Hiburan

No comments: