Saturday, August 31, 2013

GAMBAR HANGAT FIDA UNTUK PRODUK PELANGSINGAN

Gambar Fida Yang Hangat Diperkatakan Peminat

GAMBAR HANGAT FIDA UNTUK PRODUK PELANGSINGAN

Gambar Hangat Fida Untuk Produk Pelangsingan

Menyedari gambarnya yang dimuat naik di akaun Instagram menjadi bualan hangat peminat, penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim tampil memberi penjelasan bagi menjernihkan keadaan. Menerusi sebuah portal berita, Fida menjelaskan busana yang dipakainya adalah bertujuan untuk mempromosikan sebuah produk kecantikan di mana dia telah dilantik sebagai duta.

ISU TENDER IKLAN MERDEKA RM450 RIBU FINAS

FINAS

ISU TENDER IKLAN MERDEKA RM450 RIBU FINAS

Isu Tender Iklan Merdeka RM450 Ribu Finas

Isu bajet iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu masih belum reda apabila Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) pula mempersoalkan agensi itu dalam pemberian tender. Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan dan mendesak supaya Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi.

Friday, August 30, 2013

AKHIRNYA PULAU PINANG TAYANG TANDA PUTERA MULAI SABTU

Filem Tanda Putera

AKHIRNYA PULAU PINANG TAYANG TANDA PUTERA MULAI SABTU

Akhirnya Pulau Pinang Tayang Tanda Putera Mulai Sabtu

Filem yang mengundang perdebatan hangat dikalangan masyarakat Malaysia ketika ini, 'Tanda Putera' bakal ditayangkan di pawagam seluruh Pulau Pinang mulai Sabtu ini, dua hari lewat daripada tarikh tayangan umumnya di seluruh negara yang bermula 29 Ogos lalu.

Thursday, August 29, 2013

KL GANGSTER 2 FULL MOVIE KENA SABOTAJ DI INTERNET

Peringatan Syamsul Tentang KL Gangster 2

KL GANGSTER 2 FULL MOVIE KENA SABOTAJ DI INTERNET

KL Gangster 2 Full Movie Kena Sabotaj Di Internet

Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan penyebaran filem terbaharu terbitan Skop Production iaitu KL Gangster 2 di Internet sebagai satu sabotaj oleh pihak tertentu. Yusof, 59, berkata, dia kecewa dengan berita penyebaran filem arahan Syamsul Yusof itu sehingga ia boleh dimuat naik sebelum tarikh tayangan kerana perbuatan tersebut telah melanggar undang-undang.

Wednesday, August 28, 2013

ZAYN MALIK DAN PERRIE EDWARDS BERTUNANG

Zayn Malik dan Perrie Edwards

ZAYN MALIK DAN PERRIE EDWARDS BERTUNANG

Zayn Malik dan Perrie Edwards Bertunang

SETELAH melamar kekasihnya pada minggu lalu, Zayn Malik akhirnya membawa hubungan itu pada ikatan pertunangan. Malah, tindakan Zayn itu membuktikan bahawa dia serius dalam perhubungan bersama kekasihnya, Perrie Edwards.

ZIZAN RAZAK BAKAL JADI HOS AKADEMI FANTASIA 2013

Zizan Razak

ZIZAN RAZAK BAKAL JADI HOS AKADEMI FANTASIA 2013

Zizan Razak Bakal Jadi Hos Akademi Fantasia 2013

Pelawak dan pelakon Zizan Razak mengakui pengalamannya sebagai seorang pengacara belum cukup untuk melayakkannya menjadi hos program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bersiaran pada September ini. Zizan, 29, berkata, dia bimbang tidak dapat menyaingi kehebatan pengacara terdahulu yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan rancangan realiti itu.

Tuesday, August 27, 2013

NELYDIA SENROSE BELUM SEDIA JADI ISTERI QI RAZALI

Qi Razali dan Nelydia Senrose

NELYDIA SENROSE BELUM SEDIA JADI ISTERI QI RAZALI

Nelydia Senrose Belum Sedia Jadi Isteri Qi Razali

Pelakon Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda. Nelydia, 19, atau lebih senang disapa Nely berkata, ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya. "Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Monday, August 26, 2013

SYANIE SUDAH BERTUNANG BAKAL KAHWIN MAC 2014

Syanie Sudah Bertunang Syawal Lalu

SYANIE SUDAH BERTUNANG BAKAL KAHWIN MAC 2014

Syanie Sudah Bertunang Bakal Kahwin Mac 2014

Sekalung ucapan tahniah buat pelakon Syanie atas berita gembira pertunangan beliau. Walaupun pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga pertama, nyata ianya tidak mematahkan hasrat pelakon Syanie Hisham untuk kembali bergelar suri buat kali kedua. Syanie turut mendedahkan dia kini sudah menjadi tunangan orang pada Syawal lalu dan akan mengadakan majlis perkahwinannya pada Mac tahun depan.

KES BENJY MILIKI DADAH DISEBUT SEMULA 11 SEPTEMBER

Kes Dadah Benjy

KES BENJY MILIKI DADAH DISEBUT SEMULA 11 SEPTEMBER

Kes Benjy Miliki Dadah Disebut Semula 11 September

Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin menetapkan 11 September untuk sebutan semula kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan lima rakannya atas tuduhan memiliki dadah. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Farhan Read dan peguam P.G Cyril untuk menarik diri daripada mewakili anak guam mereka.

Sunday, August 25, 2013

VINCE DAN FIONA KAHWIN MAC 2014 DI TAMAN JANDA BAIK

Vince dan Fiona

VINCE DAN FIONA KAHWIN MAC 2014 DI TAMAN JANDA BAIK

Vince dan Fiona Kahwin Mac 2014 di taman Janda Baik

Penyanyi Vince memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun depan dengan seorang pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airline System (MAS), Fiona Edward, 32. Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong, 33, berkata, dia sudah memilih lokasi di sebuah taman di Janda Baik dengan bertemakan perkahwinan dalam taman.

JEHAN MISKIN JAWAB KONTROVERSI GAMBAR SALIB

Gambar Kontroversi Jehan Miskin

JEHAN MISKIN JAWAB KONTROVERSI GAMBAR SALIB

Jehan Miskin Jawab Kontroversi Gambar Salib

Pelakon Jehan Miskin menegaskan loket yang dipakai bersama isterinya dalam gambar yang dimuat naik melalui akaun instagram adalah merupakan lambang Persekutuan Pengakap Malaysia (Pengakap) dan bukan simbol salib. Jehan, 34, berkata, aksesori itu merupakan tajaan daripada Thomas Sabo kerana dia dan isteri Julie Camelia Rhee, 29, merupakan antara pelanggan tetap jenama aksesori tersebut.

Saturday, August 24, 2013

AIMAN DAN NUR FATHIA DALAM KOMEDI ROMANTIK DIANDRA

Diandra

AIMAN DAN NUR FATHIA DALAM KOMEDI ROMANTIK DIANDRA

Aiman dan Nur Fathia Dalam Komedi Romantik Diandra

Menggantikan 'Kisah Cinta', jangan lepaskan peluang menyaksikan drama romantik komedi, ‘Diandra’ yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia menerusi slot Lestary, bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Asia Media Content (AMC) ini mengisahkan Diandra (Nur Fathia) yang merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’.

AFDLIN SHAUKI DAN HARUN SALIM BACHIK JUAL KEK COKLAT

Boboi Jual Kek Coklat

AFDLIN SHAUKI DAN HARUN SALIM BACHIK JUAL KEK COKLAT

Adflin Shauki dan Harun Salim Bachik Jual Kek Coklat

Kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak melihat kerjasama artis dengan mana-mana syarikat bagi mempromosikan sesuatu produk hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Afdlin berkata, jika kerjasama yang dilakukan mengikut prosedur dan berasaskan konsep menang-menang, ia sebenarnya dapat memberi pulangan sama rata kepada kedua-dua belah pihak.

Friday, August 23, 2013

MENGAPA KEMENANGAN LISA SURIHANI DIPERTIKAI

Lisa Surihani

MENGAPA KEMENANGAN LISA SURIHANI DIPERTIKAI

Mengapa Kemenangan Lisa Surihani Dipertikai

PELAKON popular, Lisa Surihani bukanlah nama picisan dalam industri seni tempatan. Bukan sahaja memiliki personaliti menarik, malah isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Yusry Abd Halim ini juga hebat di skrin. Kemenangannya di Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) pada 2008 menerusi anugerah Pelakon Harapan Wanita membuktikan kredibiliti aktres, I'm Not Single ini bukanlah omongan kosong.

PEKIN DAN UQASHA SENROSE BAKAL KAHWIN TAHUN DEPAN

Pekin dan Uqasha Senrose

PEKIN DAN UQASHA SENROSE BAKAL KAHWIN TAHUN DEPAN

Pekin dan Uqasha Senrose Bakal Kahwin Tahun Depan

“KALAU diikutkan, esok juga saya ingin berkahwin dengan Uqasha tapi banyak pula proses yang perlu diselesaikan. Lagipun ia bukan perkara main-main dan saya sangat berharap hubungan kami akan ke jinjang pelamin,” ujar Pekin, sebaik sahaja diajukan mengenai hubungan dengan aktres jelita, Uqasha Senrose.

Thursday, August 22, 2013

SITI NURHALIZA FAIZAL TAHIR MELLY GOESLAW TENAGA PENGAJAR AF 2013

Melly Goeslaw, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza Tenaga Pengajar AF 2013

SITI NURHALIZA FAIZAL TAHIR MELLY GOESLAW TENAGA PENGAJAR AF 2013

Siti Nurhaliza Faizal Tahir Melly Goeslaw Tenaga Pengajar AF 2013

Tiga nama besar dalam industri hiburan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw dan Faizal Tahir bakal menerajui Akademi Fantasia 2013 sebagai tenaga pengajar musim ini. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pemilihan ketiga-tiga selebriti ini berdasarkan kredibiliti masing-masing selain menggantikan peranan pengetua seperti musim-musim terdahulu.

JUSTIN BIEBER KENA FITNAH BERPESTA DADAH DAN SIMPAN DADAH

Kereta Justin Bieber Digeledah Pihak Polis

JUSTIN BIEBER KENA FITNAH BERPESTA DADAH DAN SIMPAN DADAH

Justin Bieber Kena Fitnah Berpesta Dadah dan Simpan Dadah

APALAH nasib Justin Bieber apabila dia difitnah kononnya berpesta dadah bersama rakan-rakannya dan menyimpan barang terlarang itu di dalam begnya. Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi muda bersama pengawal keselamatannya itu telah ditahan oleh sekumpulan polis di bandar Fort Lauderdale, Florida apabila mereka dicurigai membawa dadah.

Wednesday, August 21, 2013

BLACK DAN CIRA KHAIRI BAKAL KAHWIN 13 SEPTEMBER 2013

Black dan Cira Khairi

BLACK DAN CIRA KHAIRI BAKAL KAHWIN 13 SEPTEMBER 2013

Black dan Cira Khairi Bakal Kahwin 13 september 2013

Ucapan setinggi tahniah harus kita ucapkan buat penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah yang bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 13 September ini bersama gadis pilihannya, Naquira Yasira Mohamad Khairi atau lebih dikenali sebagai Cira Khairi. Black mula mengenali gadis lulusan Melbourne, Australia ini sejak bulan Februari lalu dan selepas berkenalan selama dua bulan, mereka mengambil keputusan untuk bertunang pada bulan April yang lalu.

FIZO OMAR SUDAH TUNGGANG MOTOSIKAL DI LITAR SEPANG

Fizo Omar

FIZO OMAR SUDAH TUNGGANG MOTOSIKAL DI LITAR SEPANG

Fizo Omar Sudah Tunggang Motosikal Di Litar Sepang

Pelakon Fizo Omar memperluaskan hobinya sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan menunggangnya di litar Sepang, dekat sini. Fizo, 28, berkata, dia mula mempelajari teknik berlumba di litar dengan cara yang betul bersama pelumba-pelumba sebenar. "Saya belajar menunggang motosikal di litar Sepang dengan kawan-kawan saya yang memang seorang pelumba motosikal profesional.

Sunday, August 18, 2013

VOKALIS MOJO AWEERA MUFLIS SEBAB HUTANG LAMA

Aweera Mojo

VOKALIS MOJO AWEERA MUFLIS SEBAB HUTANG LAMA

Vokalis Mojo Aweera Muflis Sebab Hutang Lama

Akibat menanggung hutang lama yang tertunggak, vokalis kumpulan Mojo, Aweera mengesahkan dirinya telah diisytiharkan muflis sejak 11 Julai lalu. "Status muflis itu memang berkait dengan diri saya. Ini kisah hutang lama, sudah lama sangat. Bagaimanapun saya tidak boleh beri komen panjang kerana masih dalam usaha untuk mengatasi masalah ini," ujar Aweera yang dipetik daripada Utusan Online.

JEPP SEPAHTU ARTIS LAWAK LELAKI POPULAR

Jepp Sepahtu

JEPP SEPAHTU ARTIS LAWAK LELAKI POPULAR

Pelawak Jepp Sepahtu mengakui berasa risau dengan dirinya yang mungkin lupa diri atas kejayaan yang dimiliki. Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata kegusaran itu membuatkan dia sentiasa mengingati pesanan ayahnya agar tidak tersasar daripada jalan kejayaan yang ingin dituju. "Dalam mengejar cita-cita untuk menempa nama sebagai pelawak yang berjaya, saya selalu risau sekiranya saya tersasar dari landasan terutamanya lupa diri dengan asal-usul.

Saturday, August 17, 2013

ISTANBUL AKU DATANG UNGGULI ANUGERAH LAWAK WARNA


Dari kiri: Lisa, Lina tan, tengku Iesta dan Rafidah antara yang menjayakan filem 'Istanbul Aku Datang'.

Istanbul Aku Datang Ungguli Anugerah Lawak Warna

Filem Istanbul Aku Datang mengungguli Anugerah Lawak Warna (ALW) bagi mengiktiraf kerja-kerja pelawak anjuran Astro Warna yang diadakan di Istana Budaya di sini malam Jumaat. Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, Istanbul Aku Datang meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).

Friday, August 16, 2013

BERITA PALSU ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN BERTUNANG

Zain Saidin dan Rozita Che Wan

BERITA PALSU ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN BERTUNANG

Berita Palsu Rozita Che Wan dan Zain Saidin Bertunang

Pelakon Rozita Che Wan mempertikaikan tindakan seorang peminatnya yang menyebarkan cerita palsu di laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya ketiga lalu. Berita Harian melaporkan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, mengakui menyedari kehadiran pemuda tersebut pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Tuesday, August 6, 2013

ROSNAH MOHD NOOR BEKAS ISTERI IWAN MENINGGAL DUNIA

ROSNAH MOHD NOOR BEKAS ISTERI IWAN MENINGGAL DUNIA

Rosnah Mohd Noor Bekas Isteri Iwan Meninggal Dunia

Pelakon tahun 1980-an Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah tulang pada usia 54 tahun di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 2.30 petang Ahad. Menurut adik Allahyarham, Mohd. Azhar Mohd. Noor, 48, pelakon yang merupakan anak ketiga dalam sembilan beradik itu pada mulanya hanya menghidap kanser payu dara sahaja sebelum merebak ke barah tulang.

Sunday, August 4, 2013

NING BAIZURA AKAN BERAYA DI BIRMINGHAM UNITED KINGDOM

Ning Baizura dan Keluarga

NING BAIZURA AKAN BERAYA DI BIRMINGHAM UNITED KINGDOM

Ning Baizura Akan Beraya di Birmingham United Kingdom

Kurang seminggu lagi, seluruh umat Islam di negara kita bakal menyambut kedatangan Syawal yang penuh bermakna. Di saat ini, mungkin kebanyakan daripada kita telah menyediakan segala kelengkapan dan persiapan untuk menyambut lembaran Aidilfitri. Tidak ketinggalan juga yang mengambil peluang ini untuk pulang lebih awal ke kampung halaman bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

SAKTI BEKAS AHLI SHEILA ON7 DISANGKA PENGGANAS

Sakti Bekas Ahli Sheila on7

SAKTI BEKAS AHLI SHEILA ON7 DISANGKA PENGGANAS

Sakti Bekas Ahli Sheila On7 Disangka Pengganas

Bekas ahli kumpulan Sheila On 7, Sakti mengakui pernah disangka sebagai pengganas kerana penampilan barunya selepas keluar daripada kumpulan tersebut. "Saya pernah disangka sebagai pengganas oleh beberapa orang wanita separuh usia, pada mulanya dia melihat saya dan terus berteriak sambil menjatuhkan plastik barang belanjanya ke tanah.

KARLOS BOLOS GANDINGAN MANTAP JOHAN TIZ ZAQYAH DAN SYAZWAN

KARLOS BOLOS

KARLOS BOLOS GANDINGAN MANTAP JOHAN TIZ ZAQYAH DAN SYAZWAN

Karlos Bolos Gandingan Mantap Johan Tiz Zaqyah dan Syazwan

Sempena sambutan Aidilfitri, telefilem ‘Karlos Bolos’ bakal meneruskan kesinambungan drama siri slot Aksi ‘Karlos’. Kisah yang akan ditampilkan kali ini adalah prekuel di mana Karlos dan Kenji yang meloloskan diri dari Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Menerusi produksi Frontrow Pictures Sdn Bhd, telefilem ini menampilkan pelakon hebat seperti Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Rusdi Ramli, Namron, Sherlie Merlis, Dira Abu Zahar dan Jay Iswazir.

AMAR ASYRAF DAN NELYDIA SENROSE DALAM SETIA HUJUNG NYAWA RAYA

AMAR ASYRAF DAN NELYDIA SENROSE DALAM SETIA HUJUNG NYAWA RAYA

Amar Asyraf dan Nelydia Senrose Dalam Setia Hujung Nyawa Raya

Drama siri popular Setia Hujung Nyawa yang berjaya mencetuskan fenomena bakal kembali dengan kesinambungan pada telefilem sempena raya Setia Hujung Nyawa Raya pada Hari Raya pertama ini. Drama lakonan mantap Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Shah Iskandar ini mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain.

Saturday, August 3, 2013

UNIC TERUSKAN PERJUANGAN TAMPIL DENGAN ALBUM BARU DOA

UNIC - DOA

UNIC TERUSKAN PERJUANGAN TAMPIL DENGAN ALBUM BARU DOA

Unic Teruskan Perjuangan Tampil Dengan Album Baru Doa

NAMA Unic pernah menjadi sebutan sejak kemunculan mereka pada tahun 2002. Meskipun berlaku pertukaran ahli sebelum ini, ia tidak membantutkan perjuangan mereka dalam berdakwah melalui muzik. Beberapa lagu dendangan Unic tetap menjadi siulan sehingga ke hari ini. Antaranya, Hanya Tuhan Yang Tahu, Balqis dan Ainul Mardiah.

Friday, August 2, 2013

TAHNIAH BUAT RIZU FORTEEN BERJAYA HARUMKAN NAMA MALAYSIA

Rizu Forteen

TAHNIAH BUAT RIZU FORTEEN BERJAYA HARUMKAN NAMA MALAYSIA

Tahniah Buat Rizu Forteen Berjaya Harumkan Nama Malaysia

Menyampaikan tiga buah lagu Inggeris dan sebuah lagu Melayu di Pertandingan World Of Performing Art, Los Angeles baru-baru ini telah memberi tuah kepada salah seorang ahli kumpulan Forteen iaitu Rizu apabila berjaya meraih dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa seterusnya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

HAFIZ HAMIDUN TAMPIL DENGAN ALBUM TERBARU ZIKIR TERAPI 2

Hafiz Hamidun

HAFIZ HAMIDUN TAMPIL DENGAN ALBUM TERBARU ZIKIR TERAPI 2

Hafiz Hamidun Tampil Dengan Album Terbaru Zikir Terapi 2

DI atas permintaan peminat terhadap album terdahulu yang begitu memberangsangkan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun kini tampil kembali dengan album terbarunya, Zikir Terapi 2. Menurut Hafiz, album yang memuatkan 11 lagu itu dicipta sepenuhnya olehnya dan dia juga bertindak sebagai penyusun muzik dan juru adun untuk kesemua lagu.

SOO WINCCI KINI MENCARI CINTA SETELAH DUA TAHUN SOLO

SOO WINCCI KINI MENCARI CINTA SETELAH DUA TAHUN SOLO

Soo Wincci Kini Mencari Cinta Setelah Dua Tahun Solo

Penyanyi dan pelakon Soo Wincci mengakui dia mula berasa sunyi apabila masih lagi belum mempunyai kekasih sejak dua tahun hidup menyendiri. Wincci, 27, berkata, walaupun dia sanggup mengorbankan masa dan cinta demi mengukuhkan kerjaya seninya yang kian berkembang, jauh di sudut hati wanita itu, dia masih lagi mengharapkan akan ada seorang lelaki yang setia berada di sisi berkongsi rasa susah dan senang bersama.

SPEKULASI KISAH CINTA ZIZAN RAZAK DAN KEKASIH

Zizan Razak

SPEKULASI KISAH CINTA ZIZAN RAZAK DAN KEKASIH

Spekulasi Kisah Cinta Zizan Razak dan Kekasih

Pelakon Zizan Razak mengakui wanita yang begitu rapat dengannya sehingga membuatkan dia terpaut hati sejak beberapa bulan lalu masih lagi tidak tahu tentang isi hati selama ini. Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, dia masih lagi belum bersedia untuk meluahkan perasaan terhadap wanita yang enggan didedahkan identitinya itu.

Thursday, August 1, 2013

NEELOFA JELASKAN PENDIRIAN TAK RELA HIDUP BERMADU

Neelofa

NEELOFA JELASKAN PENDIRIAN TAK RELA HIDUP BERMADU

Neelofa Jelaskan Pendirian Tak Rela Hidup Bermadu

Biarpun menyedari jodoh merupakan ketetapan Allah SWT, pelakon filem 'Lemak Kampung Santan', Neelofa menjelaskan pendiriannya yang tidak sanggup hidup bermadu jika perkara seperti ini terjadi kepada dirinya. "Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya.

SEKUEL ADAM DAN HAWA BAKAL TEMUI PENONTON DI PAWAGAM

SEKUEL ADAM DAN HAWA BAKAL TEMUI PENONTON DI PAWAGAM

Sekuel Adam dan Hawa Bakal Temui Penonton Di Pawagam Berita ini tentunya menggembirakan peminat setia drama bersiri 'Adam & Hawa' apabila pelakon yang memegang watak Ain Hawani, Nadiya Nisaa mendedahkan penggambaran filem untuk sekuel drama ini akan bermula September nanti.

HEBAT ANGELINA JOLIE AKTRES TERKAYA DI DUNIA

Angelina Jolie bersama anaknya

HEBAT ANGELINA JOLIE AKTRES TERKAYA DI DUNIA

Hebat Angelina Jolie Aktres Terkaya Di Dunia

SELAIN prestasi dalam bidang lakonan dan aktiviti kebajikan yang memberangsangkan, Angelina Jolie mendapat gelaran baharu apabila diiktiraf oleh majalah Forbes sebagai aktres terkaya di dunia. Majalah tersebut menaksir nilai kekayaan Angelina mencapai USD$33 juta (RM107 juta).