Monday, September 2, 2013

AIR MATA MENGALIR DI MALAM PUISI DARAH DAN AIR MATA

Malam Puisi Darah dan Air Mata

AIR MATA MENGALIR DI MALAM PUISI DARAH DAN AIR MATA

Air Mata Mengalir Di Malam Puisi Darah dan Air Mata

Kira-kira 400 orang hadir memeriahkan Malam Puisi Darah dan Air Mata anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf, malam tadi. Penasihatnya, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, program diadakan bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai terhadap kekejaman yang berlaku di timur tengah.

"Apa yang kita lakukan ini sebagai lambang kepada situasi di timur tengah yang telah menumpahkan air mata rakyat. "Kita ambil kesempatan menjadikan kesepakatan ini untuk berkongsi kezaliman dengan semua pihak. "Pelbagai individu daripada latar belakang dan faham politik berbeza juga hadir memberi sokongan. Kehadiran mereka menunjukkan setiap umat perlu bersatu untuk bantah kezaliman yang menimpa orang Islam di Timur Tengah tanpa mengira perbezaan," katanya.

Antara yang turut menyampaikan puisi ialah Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Datuk Jalil Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penyanyi popular, Heliza Helmi dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze. Menurut Dr Asri, medium puisi dipilih kerana penyampaiannya yang lebih menyentuh hati.

AIR MATA MENGALIR DI MALAM PUISI DARAH DAN AIR MATA
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian

No comments: