Friday, September 6, 2013

DARK CLOUDS SINGLE INGGERIS TARUHAN TERBARU MOJO

MOJO

DARK CLOUDS SINGLE INGGERIS TARUHAN TERBARU MOJO

Dark Clouds Single Inggeris Taruhan Terbaru Mojo

SELEPAS muncul single hit pertama Andai Ku Bercinta Lagi, Mojo melangkah setapak lagi dengan melancarkan lagu tema filem Vikingdom iaitu Dark Clouds. Ia menjadi single terbaru untuk meneruskan strategi pemasaran ke peringkat antarabangsa selepas kejayaan mereka mengembangkan muzik di Hong Kong. Menariknya, Dark Clouds merupakan single Inggeris pertama diselitkan dalam filem terbaru KRU yang bakal ditayangkan ke lebih 80 buah negara mulai bulan ini.

Diterajui empat anggota, Aweera (vokalis), Edry, (komposer, penerbit dan pemain synthesizer), Danny (gitaris) dan Johar sebagai pemain dram, Mojo mempertaruhkan Synth-Rock dan yakin mampu membawa kumpulan mereka ke peringkat antarabangsa. Ketuanya, Edry Abdul Halim berkata, setelah berbincang dengan pengarah filem Vikingdom, Yusri Abdul Halim, mereka bersetuju untuk menghasilkan lagu itu. “Kami bersetuju, kerana Mojo satu-satunya superband bernaung di bawah KRU Music dan mempunyai kemampuan membawa melodi yang sesuai dengan karakter filem epik itu,” katanya.

Tambah Edry, Mojo mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan lagu Dark Clouds yang membawa maksud awan kelabu yang menyamai gambaran samar dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, merupakan sebuah perjalanan yang tidak diketahui arah tujuannya dan diungkapkan secara metafora. Dalam pada itu, Edry berkata, selepas ini, Mojo akan mengeluarkan single Roman Cinta yang pasti tidak kurang hebatnya.

DARK CLOUDS SINGLE INGGERIS TARUHAN TERBARU MOJO
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian

No comments: