Friday, September 6, 2013

AIDA YUSOF TETAP BERDIRI TEGUH DI BELAKANG ADI PUTRA

Aida Yusof dan Adi Putra

AIDA YUSOF TETAP BERDIRI TEGUH DI BELAKANG ADI PUTRA

Aida Yusof Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Adi Putra

Biarpun rumah tangganya kini sekali lagi dilanda ujian, isteri kepada pelakon Adi Putra, Aida Yusof menegaskan kontroversi ini tidak akan sesekali menggugat keharmonian hubungan mereka. "Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. "Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya," ujar Aida yang dipetik daripada Berita Harian.

Selain itu, Aida juga menjelaskan tindakan Adi mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai perkara ini adalah kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis. Sebelum ini, industri seni digemparkan dengan berita Adi Putra yang telah menjalinkan hubungan dengan isteri orang. Malah lebih memeranjatkan, Adi didakwa bertukar gambar dan kata-kata lucah bersama wanita yang baru dikenalinya selama seminggu itu.

AIDA YUSOF TETAP BERDIRI TEGUH DI BELAKANG ADI PUTRA
ikuti kisah hiburan di Media Hiburan

No comments: