Monday, September 9, 2013

FOUZIAH GOUS MENGHITUNG HARI MENUJU HARI BAHAGIA

FOUZIAH GOUS

FOUZIAH GOUS MENGHITUNG HARI MENUJU HARI BAHAGIA

Fouziah Gous Menghitung Hari Menuju Hari Bahagia

SEJAK mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu, tiada apa yang lebih mengujakan aktres berbakat besar, Fouziah Ghous selain menghitung hari menuju hari bahagianya. Memilih hujung tahun ini untuk disatukan, jelas Fouziah, dia sudah mula memperlahankan karier seninya bagi memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinannya.

"Jumaat lalu saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Alam Maya untuk TV9. Ia juga merupakan projek akhir saya buat masa ini. "Saya sudah mula mengambil cuti bagi memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinan saya dan saya juga sudah mula membeli beberapa barang yang kecil untuk majlis nanti," ujarnya yang ditemui pada majlis perkahwinan Datuk Ida Suraya Mustapha dan Kapten Johari Jumadi di Hotel Royale Chulan, kelmarin. Mengakui amat teruja menanti hari bahagianya, Fouziah berkata, dia akan mula duduk berbincang dengan perancang perkahwinan pilihannya, Nas Great Idea beberapa hari lagi.

"Sebelum ini Nas Great Idea juga yang bertanggungjawab menguruskan majlis pertunangan saya, jadi saya mengambil keputusan mengekalkan abang Nas dan dia akan bertanggungjawab menguruskan hari perkahwinan saya pula. "Buat masa ini tidak banyak yang boleh saya ceritakan lagi kerana perbincangan masih belum dilakukan. Saya khuatir jika maklumkan lebih awal dan perancangan berubah, nanti ada percanggahan pula. "Biarlah segalanya pasti dahulu, sebab sebelum ini abang Nas sibuk menguruskan perkahwinan Datuk Ida dan selepas ini barulah boleh kami berbincang mengenai perkahwinan saya pula," katanya yang hadir bersama tunang, Zhafran Yusof atau lebih mesra di sapa Zhaf.

FOUZIAH GOUS MENGHITUNG HARI MENUJU HARI BAHAGIA
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian

No comments: