Tuesday, December 27, 2011

AERIL ZAFREL MAKIN MATANG

Aeril Zafrel

 AERIL ZAFREL MAKIN MATANG


Aeril Zafrel makin matang. Nama sebenar jejaka kacak ini ialah Suhairil Sunari. Kerjayanya bermula dengan drama Permata Hati Mama namun nama Aeril mula dikenali apabila menjayakan drama Kisah Kaisara menerusi watak Affendi. Pembabitan awalnya sangat kurang memberangsangkan apabila persembahannya sering dikritik.



Aeril Zafrel makin matang. Segala kritikan itu tidak pernah memutuskan harapan beliau dan aeril tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki segala kelemahan diri. Kesabarannya berbaloi apabila lakonan dalam siri Senja Permai mendapat pujian. Seterusnya, Aeril disunting membintangi dua filem iaitu Apokalips dan Aku Tak Bodoh di mana dia berpeluang beraksi di samping ramai pelakon ternama.

Bakat anak muda ini terus dicungkil menerusi drama seram, Durja Ningsun dua tahun lalu dan cukup menyerlah dalam siri rantaian Ramadan Terakhir. Ini menjadikan Aeril Zafrel makin matang. Wajahnya yang keanakan memberi kelebihan kepadanya untuk menjayakan watak remaja belasan tahun seperti dalam drama Klik. Selain aktif berlakon, Aeril juga laris sebagai model fesyen dan produk. Antara drama dan telefilem yang dijayakan oleh anak muda ini adalah K.I.T.A, KL Rock N Roll, Celik dan nasibnya mungkin bertambah baik menerusi filem Cinta Kura-Kura yang bakal ditayangkan Mac 2012 nanti.

Aeril Zafrel makin matang
picture credited to google

No comments: