Thursday, December 29, 2011

RAJA DAN RATU ROCK MALAYSIA BERGABUNG

Raja dan Ratu Rock Malaysia

RAJA DAN RATU ROCK MALAYSIA BERGABUNG


Raja dan ratu rock Malaysia bergabung. Kemunculan gabungan dua ikon muzik rock negara, Awie dan Ella di atas satu pentas pastinya dinantikan oleh ramai peminat. Impian ini bakal terlaksana dalam Konsert Awie & Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia, di Istana Budaya, pada 12 hingga 15 januari 2012. Konsert selama empat hari ini merupakan anjuran Tall Order Productions (TOP), milik pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac.


Raja dan ratu rock Malaysia bergabung. Awie yang ditemui semasa sidang media konsert tersebut berkata, keserasian yang dimiliki antara dirinya dengan Ella membuatkan dia bersetuju menerima cadangan penganjur bagi menyatukan mereka di dalam konsert. Konsert ini merupakan suatu pengiktirafan buat Awie daripada kawan baiknya (Hans Isaac) yang ingin menggandingkan mereka berdua.

Raja dan ratu rock Malaysia bergabung. Bagi lebih mesra peminat, TOP menumpukan kepada reka bentuk pentas yang akan mewujudkan suasana cinta di dalam panggung Istana Budaya. Pentas yang berkonsepkan hutan itu merupakan hasil kerja Raja Malek dan Jia-Wei Loo yang terkenal dengan rekaan dalam pementasan muzikal Puteri Gunung Ledang dan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.

picture credited to google

No comments: