Tuesday, December 27, 2011

JAMAL ABDILLAH MERAJUK DENGAN RUMAH PENGASIH

Jamal Abdillah

 JAMAL ABDILLAH MERAJUK DENGAN RUMAH PENGASIH


Jamal Abdillah merajuk dengan rumah pengasih. Sukar untuk membuatkan lelaki bersuara hebat ini mengeluarkan kata-kata. Namun, apabila Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 52, mula meluahkan kata-kata bahawa dia kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap dirinya, itu bermakna dia benar-benar terkilan dengan apa yang terjadi.


Rajuk Jamal bukan sebarang apabila dia dikatakan melangkah keluar dan tidak menoleh lagi ke rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) tempat di mana hampir lima tahun dia menumpang hidup, membina keyakinan dan semangat hidup akibat tidak yakin hidup bersendirian dengan cabaran dan ujian dunia luar.
Tali persahabatan yang dibina bersama penghuni-penghuni Pengasih dan juga pengerusi Pengasih, Datuk Yunus Pathi selama hampir lima tahun rupa-rupanya bukan menjadi simpulan kemas sebaliknya menzahirkan rasa kurang senang di kalangan mereka terhadap penyanyi berasal dari Ipoh, Perak itu.

Jamal Abdillah merajuk dengan rumah pengasih. Dia didakwa tidak memberi sebarang sumbangan ketika menghuni secara istimewa di rumah itu sebaliknya hanya memberi perbelanjaan makan minum untuk dirinya sahaja. Malah, Jamal juga boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya. Dakwa Yunus lagi, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga bulan, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baharu.

Jamal Abdillah merajuk dengan rumah pengasih. Kini jiwanya tenang, setenang air laut yang tidak dipukul ombak kerana tidak lagi dihujani kata-kata cercaan yang mengatakan dia tidak menyumbang apa-apa pun biarpun mempunyai duit yang banyak setelah keluar daripada rumah Pengasih sejak awal November lalu. "Saya akui lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam rumah itu. Peranan Pengasih sepatutnya menyokong penghuninya dengan memberi semangat untuk menjadi lebih positif dan bukannya memberi tekanan kepada mereka dengan menyebarkan dakwaan-dakwaan yang tidak betul sekali gus merosakkan nama saya," luahnya kecewa ketika ditemui selepas sidang media penganjuran Karnival Sehari Bersama Jamal dan pelancaran album baharu Raja Pop 2 di pejabat Warner Music, Kuala Lumpur.

Jamal kini terpaksa menyewa di ibu kota sementara menunggu rumahnya siap sepenuhnya pada bulan Februari 2012. Kehidupan tenang Jamal itu juga diserikan dengan dua orang anaknya iaitu Osama Yamani, 9, dan Ahmad Zaki Yamani, 5, yang dikatakan bakal menetap bersama dengannya apabila rumah tersebut siap.

Jamal Abdillah merajuk dengan rumah pengasih.
sumber : kosmo

No comments: