Tuesday, December 27, 2011

ASMIDAR JUARA VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA

Asmidar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa

 ASMIDAR JUARA VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA


Asmidar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa. Pertarungan antara dua finalis program Vokal Bukan Sekadar Rupa pada Ahad lalu, memberikan tamparan hebat kepada juri program dalam memilih juara. Namun, kelebihan serta nada tersendiri yang dicipta peserta dari Kuala Lumpur, Norhasmidar Ahmad mendendangkan lagu ciptaan Ajai, Biar Sampai Ke Bintang, 'membunuh' kelebihan lawannya, Mafarikha Md Akhir sehinggakan kesemua juri sepakat mengatakan lagu itu cukup sempurna dinyanyikan.


Sepakat dinobatkan sebagai juara program oleh barisan juri dan undian SMS dengan membawa wang tunai berjumlah RM50,000, pelajar ASWARA itu kerap kali dipuji melambung oleh juri seperti Azmeer dan Ziana Zain yang mengatakan kekuatan Asmidar terletak pada kawalan pernafasannya yang sangat baik walaupun mereka tidak menafikan peserta yang dikenali sebagai Mafa lebih baik dari segi nada suara. Keputusan akhir yang menyaksikan Asmidar mendapat 73 peratus undian sms dan juri, manakala lawannya mendapat 53 peratus.

Berterusan mengasak regu lawannya, Asmidar turut membuktikan dia layak memenangi program itu apabila dapat menyampaikan lagu pilihan Mafa, Hurt milik Christina Agueilera, dengan gaya tersendirinya sehingga Azmeer menoktahkan bahawa dia adalah penyanyi yang dicari selama ini pada segmen ketiga iaitu Battle.

Asmidar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa. Istimewanya juga apabila Mafa turut mencabar kembali Asmidar dengan membuktikan dia mampu menyanyikan lagu Datuk Ahmad Kilau, Laksamana Raja Di Laut dengan lenggok suara yang memikat Ziana Zain dan Erra Fazira. Lagu lain yang dimeriahkan kedua finalis itu pada segmen pertama adalah My Way, Jangan Tinggal Daku, Tiba, Siapa Dia serta Aksi Suara. Menariknya lagi, gandingan pengacara program, Faizal Ismail serta Adibah Noor menyampaikan lagu Moves Like Jagger mendapat tempat di hati penonton pada malam itu apabila nyanyian itu dilahirkan secara bersahaja.

Walaupun tidak dinafikan persaingan merebut juara pada malam itu cukup tegang, kemenangan yang dinobatkan kepada wanita berusia 25 tahun itu tepat kerana Mafa dilihat tidak begitu menyerlah ketika menyanyikan lagu Tiba hasil sentuhan komposer terkenal Audi Mok. Malahan ketiga-tiga juri sepakat mengatakan lagu itu kurang menyengat dan Azmeer pula berasakan lagu itu belum diberikan justifikasi sedalam-dalamnya oleh Mafa.

Sementara itu, Asmidar ketika ditemui pada sidang media itu, berkata, dia berharap laluan seni suaranya selepas ini akan berterusan memihak kepadanya.

Asmidar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa.
sumber : bharian

No comments: