Friday, December 30, 2011

ISTANA BUDAYA LUBUK EMAS TEATER

Istana Budaya Lubuk Emas

ISTANA BUDAYA LUBUK EMAS TEATER


Istana Budaya lubuk emas teater tempatan. Memandang perkembangan teater kita sepanjang tahun 2011, bolehlah dibuat kesimpulan alirannya tidak berubah berbanding tahun sebelumnya. Jenama popular dan komersial masih lagi menjadi pilihan produser bagi menarik kehadiran penonton ke gelanggang teater.


Istana Budaya lubuk emas teater. Nama-nama popular dilihat memainkan peranan penting apabila menyuntik nilai tambahan terhadap pementasan teater khususnya teater Melayu. Istana Budaya (IB) nampaknya masih menjadi pilihan utama serta lubuk emas bagi penggiat teater tempatan.

Istana Budaya lubuk emas teater. Ini terbukti menerusi kejayaan hebat yang diberikan terhadap beberapa teater seperti Lat The Kampung Boy, Badai Semalam, Muzikal Tun Mahathir Musim Kedua, Terima Kasih Cinta, sri Mersing, The Secret Life of Nora dan beberapa teater hebat yang lain lagi. Lat The Kampung Boy Sebuah Muzikal terbitan Tall Order Productions menjadi karya paling ditunggu-tunggu. Teater yang diangkat dari komik The Kampung Boy karya Datuk Lat in sememangnya dekat di hati peminat. Teater ini berjaya menggamit bilangan penonton paling ramai iaitu 31,204 orang dengan kutipan tiket kira-kira RM3.8 juta.

picture credited to google

No comments: