Monday, December 26, 2011

NAJWA LATIFF DAN CINTA MUKA BUKU

NAJWA LATIFF DAN CINTA MUKA BUKU


Najwa Latiff

Najwa Latiff dan Cinta Muka Buku. Sepanjang tahun 2011 industri seni melihat serlahan ramai wajah baru. Generasi ini berpotensi besar muncul sebagai pelapis bintang ternama sedia ada. baik di dunia lakonan mahupun seni suara, masing-masing menyerlah dengan daya tarikan tersendiri.



Najwa Latiff dan Cinta Muka Buku. Pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif ini bertuah apabila lagu Cinta Muka Buku menerusi medium Youtube telah meledakkan namanya. Gadis yang baru berusia 16 tahun kelahiran Batu Pahat, Johor ini mengambil pendekatan seperti yang pernah dilakukan oleh Zieavie menerusi lagu Kantoi, Yuna (Dan Sebenarnya) dan Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku).

Lagu berhantu ciptaan gadis kelahiran Batu Pahat Johor bersama kakaknya itu menjadi siulan remaja dan anak-anak sekolah. Kelebihan pada melodinya yang 'catchy' dan liriknya yang mengisahkan perkenalan di laman sosial memang kena dengan senario muda-mudi masa kini. Ia menjadikan lagu ini begitu dekat di hati pendengarnya. Najwa juga bertuah kerana karya keduanya iaitu Carta Hati turut mendapat sambutan hangat.

Najwa Latiff dan Cinta Muka Buku
picture credited to google

No comments: