Wednesday, December 28, 2011

DATUK AC MIZAL PERKENAL MFACE

Datuk AC Mizal Perkenal Mface

 DATUK AC MIZAL PERKENAL MFACE


Datuk AC Mizal perkenal Mface. Berasakan Malaysia juga berkemampuan mewujudkan laman sosial sendiri setanding Facebook, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal memperkenalkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface. Membawa pengertian Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.


Datuk AC Mizal perkenal Mface. Majlis pelancarannya diadakan di Hotel Doubletree By Hilton, Ampang, Rabu lalu dan dimeriahkan dengan kehadiran Afdlin Shauki, Zizan Razak, Amyza Adnan, Ezlynn, Aril AF7, Linda dan Diana Rafar, Kumpulan Forteen, Serina Redzuan, Sathiya dan ramai lagi.

Datuk AC Mizal perkenal Mface. Menurut AC, Mface sebuah laman sosial tempatan diilhamkan daripada Facebook bagaimanapun konsep yang diketengahkan sedikit berbeza kerana ia membawa pulangan buat pelayarnya. Fungsinya sama seperti Facebook apabila pengguna boleh mengemas kini gambar, status dan berkongsi perkembangan serta maklumat mereka dengan orang ramai. Yang berbeza cuma laman ini diwujudkan dengan cara yang lebih bijak dan bermanfaat, dengan menawarkan peluang menjana pendapatan kepada 60 artis tanah air yang sama-sama berusaha membangunkan menerusi laman itu.

picture credited to google

No comments: