Thursday, December 29, 2011

BUNKFACE BERGEMA DI INDONESIA

Bunkface Bergema di Indonesia

BUNKFACE BERGEMA DI INDONESIA


Bunkface bergema di Indonesia. Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Youk kini sedang sibuk menjelajah kota Jakarta, Indonesia bagi mengintai peluang menembusi pasaran di sana. Nampak jelas kesungguhan anak muda ini dalam memperjuangkan muzik mereka.


Bunkface bergema di Indonesia. Jika tepat percaturan yang dilakukan, mungkin Bunkface akan menjadi bintang terkenal di serantau Asia Tenggara nanti. Bunkface masih bertahan selepas lima tahun memperjuangkan genre dan imej muzik mereka. Siapa sangka apa yang mereka persembahkan mendapat tempat dan ruang di hati peminat.

Bunkface bergema di Indonesia. Setelah mereka berpuas hati dengan apa yang mereka capai dan lakukan di industri tempatan, kini mereka berani melangkah setapak lagi ke depan untuk menyebarkan pengaruh muzik Bunkface ke Indonesia. Bunkface berada di kota Jakarta selama seminggu November lalu bagi mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Jakarta di depan wakil syarikat rakaman untuk menilai kemampuan dan kekuatan muzik mereka. Nampaknya usaha mereka membuahkan hasil apabila tiga daripada wakil syarikat rakaman yang hadir sudah mula merisik mereka. Kini Bunkface sedang sibuk mengumpul material baru untuk album terbaru mereka nanti.

picture credited to google

No comments: