Wednesday, July 31, 2013

FIDA IBRAHIM SERTAI AKADEMI FANTASIA 2013

FIDA IBRAHIM

FIDA IBRAHIM SERTAI AKADEMI FANTASIA 2013

Fida Ibrahim Sertai Akademi Fantasia 2013

Walaupun penyertaannya dalam program realiti, Akademi Fantasia 2013 mendapat kritikan ramai, Fida tetap tidak berganjak dengan keputusannya untuk menyertai program itu malah menganggap ianya adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuknya mendalami bidang muzik. "Inilah peluang untuk saya meneruskan karier nyanyian yang lebih baik untuk masa akan datang.

Walaupun dah bergelar penyanyi, namun saya sebenarnya masih belum mahir dan kurang pengalaman," ujar Fida yang berkongsi namanya berjaya di senarai pendek untuk menyertai program tersebut. Selain itu, Fida menganggap komen-komen yang diterima hanya menguatkan lagi semangatnya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

"Saya tak kisah apa jua komen-komen negatif yang saya terima sejak berkecimpung sebagai penyanyi. Saya anggap itu sebagai peniup semangat untuk lebih berjaya," ujar Fida yang dipetik daripada Sinar Harian Online. Menyentuh perkembangan seninya, Fida baru sahaja merakamkan single terbaru bersama Datuk AC Mizal dan Qalam Band bagi projek terbaru mereka.

FIDA IBRAHIM SERTAI AKADEMI FANTASIA 2013
ikuti kisah hiburan di Media Hiburan

No comments: