![]() |
Vince dan Fiona |
VINCE DAN FIONA KAHWIN MAC 2014 DI TAMAN JANDA BAIK
Vince dan Fiona Kahwin Mac 2014 di taman Janda BaikPenyanyi Vince memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun depan dengan seorang pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airline System (MAS), Fiona Edward, 32. Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong, 33, berkata, dia sudah memilih lokasi di sebuah taman di Janda Baik dengan bertemakan perkahwinan dalam taman.
"Saya akan melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun depan, namun tarikh sebenar nanti saya beritahu kemudian kerana masih dalam perbincangan. "Setakat ini kami merancang untuk mengadakan majlis secara sederhana bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan dalam suasana taman dan alam semula jadi," katanya ketika dihubungi mStar di sini, Sabtu. Tambah Vince, dia memilih tema tersebut kerana bertepatan dengan jiwanya yang lebih suka kepada alam semulajadi dan sesuatu yang damai. Dalam pada itu, Vince berkata, persiapan perkahwinan akan diuruskan oleh pihak keluarga masing-masing.
VINCE DAN FIONA KAHWIN MAC 2014 DI TAMAN JANDA BAIK
ikuti kisah hiburan di mStar
No comments:
Post a Comment