Friday, August 2, 2013

HAFIZ HAMIDUN TAMPIL DENGAN ALBUM TERBARU ZIKIR TERAPI 2

Hafiz Hamidun

HAFIZ HAMIDUN TAMPIL DENGAN ALBUM TERBARU ZIKIR TERAPI 2

Hafiz Hamidun Tampil Dengan Album Terbaru Zikir Terapi 2

DI atas permintaan peminat terhadap album terdahulu yang begitu memberangsangkan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun kini tampil kembali dengan album terbarunya, Zikir Terapi 2. Menurut Hafiz, album yang memuatkan 11 lagu itu dicipta sepenuhnya olehnya dan dia juga bertindak sebagai penyusun muzik dan juru adun untuk kesemua lagu.

Hafiz mengakui semua kerja dilakukan sendiri agar sentuhan terapi yang dihasilkan ini masih menepati standard yang diinginkan. “Apa yang saya impikan adalah untuk menjadikan zikir ini satu fenomena serta ‘trend’ dan kalau boleh saya nak tengok dan dengar orang sentiasa berzikir walau di mana sekalipun. “Contohnya, macam kita dengar orang menyanyi, di mana sahaja pasti kita akan kedengaran suara-suara berkumandang jadi selepas ini tiada salahnya jika mereka semua berzikir sambil berjalan.

“Lebih membanggakan lagi jika mereka berzikir mengikut melodi ‘zikir terapi diri’ pastinya saya akan tersenyum gembira,” katanya. Tambah Hafiz lagi, sebolehnya dia mahu berkongsi bakat yang dimiliki bersama masyarakat tambahan pula manfaat yang diterima begitu berharga. “Saya sangat bersyukur dengan bakat yang ALLAH kurniakan, dengan bakat ini saya luahkan menjadi hasil seni untuk dikongsi sebagai medium dakwah dan dengan zikir–zikir inilah saya merantau ke seluruh pelosok tanah air," katanya.

Antara zikir yang dimuatkan di dalam album ini ialah Rabbi Zidni, Ilahi Last, Zaljalali Wal Iqram, Malikul Haq, Allahu Ya Rahman, Maghfirah, Tubna Ilallah, Subhanallah Walhamdulillah, Karimu Antallah, Rabbibil Mustofa dan Habib.

HAFIZ HAMIDUN TAMPIL DENGAN ALBUM TERBARU ZIKIR TERAPI 2
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian

No comments: