Sunday, August 4, 2013

NING BAIZURA AKAN BERAYA DI BIRMINGHAM UNITED KINGDOM

Ning Baizura dan Keluarga

NING BAIZURA AKAN BERAYA DI BIRMINGHAM UNITED KINGDOM

Ning Baizura Akan Beraya di Birmingham United Kingdom

Kurang seminggu lagi, seluruh umat Islam di negara kita bakal menyambut kedatangan Syawal yang penuh bermakna. Di saat ini, mungkin kebanyakan daripada kita telah menyediakan segala kelengkapan dan persiapan untuk menyambut lembaran Aidilfitri. Tidak ketinggalan juga yang mengambil peluang ini untuk pulang lebih awal ke kampung halaman bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Namun, bagi penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura, mereka sekeluarga memilih untuk beraya di negara kelahiran suaminya, Birmingham, United Kingdom. Alah bisa tegal biasa, tahun ini merupakan tahun ketiga Ning atau nama sebenarnya, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 38, beraya di sana. Pun begitu, Aidilfitri tahun ini dijangkakan lebih meriah dengan kehadiran putera kesayangannya, Ryan Sky Dalton, tujuh bulan.

Ketika artikel ini ditulis, Ning dan keluarganya sudah berada di Birmingham. Mereka berangkat ke sana pada 25 Julai lalu. Menurut Ning, raya ini merupakan kali pertama dia membawa pulang Ryan untuk dipertemukan kepada keluarga suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton. "Alhamdulillah, dua tahun sebelum ini, kami pulang tanpa Ryan. Tahun ini, seluruh keluarga Omar menantikan kedatangan Ryan sebagai orang baru dalam keluarga mereka.

Ning dan Omar mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2008 dan mereka dikurniakan seorang putera, Ryan Sky Dalton, pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa Ning memilih untuk beraya di luar negara sedangkan Aidilfitri di negara sendiri lebih bermakna. Jelas Ning, dia tidak berniat untuk mengelak daripada menjalani ibadah puasa dan Hari Raya Aidilfitri di negara sendiri. Namun, ia merupakan satu pengorbanan Ning buat suami untuk mendapatkan sedikit ruang bersama anak-anak dan keluarga.

NING BAIZURA AKAN BERAYA DI BIRMINGHAM UNITED KINGDOM
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian

No comments: