Filem Tanda Putera |
AKHIRNYA PULAU PINANG TAYANG TANDA PUTERA MULAI SABTU
Akhirnya Pulau Pinang Tayang Tanda Putera Mulai SabtuFilem yang mengundang perdebatan hangat dikalangan masyarakat Malaysia ketika ini, 'Tanda Putera' bakal ditayangkan di pawagam seluruh Pulau Pinang mulai Sabtu ini, dua hari lewat daripada tarikh tayangan umumnya di seluruh negara yang bermula 29 Ogos lalu.
Berita ini disahkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menerusi status terkininya di laman Facebook yang meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan. Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan sebagai kontroversi itu. Namun Lim dalam satu lagi kenyataan berkata ia berupa nasihat dan bukannya larangan.
Kenyataan ini seterusnya mendapat reaksi segera Shabery yang mana jika benar ada babak-babak fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam filem itu, mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis dan aduan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
AKHIRNYA PULAU PINANG TAYANG TANDA PUTERA MULAI SABTU
ikuti kisah hiburan di Media Hiburan
No comments:
Post a Comment