FINAS |
ISU TENDER IKLAN MERDEKA RM450 RIBU FINAS
Isu Tender Iklan Merdeka RM450 Ribu FinasIsu bajet iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu masih belum reda apabila Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) pula mempersoalkan agensi itu dalam pemberian tender. Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan dan mendesak supaya Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi.
"Gafim sebenarnya sokong apa-apa sahaja usaha kerajaan yang menerbitkan iklan merdeka bagi kesedaran orang ramai. "Cuma apa yang perlu dijelaskan adalah proses pemilihan produksi dalam memberikan tender dan bagaimanakah keterbukaan yang dibuat oleh pihak Finas?," soalnya pada Jumaat. Pada Rabu lalu, Ahmad Idham meneusi Twitter miliknya mempersoalkan langkah Finas melaburkan RM450 ribu untuk menghasilkan treler Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat.
Ahmad Idham meminta badan itu memberi penjelasan berhubung kos berkenaan yang dianggap tinggi untuk sebuah iklan pendek. Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan pula memberi respons menerusi laporan mStar Online pada Jumaat dengan mengatakan bajet berkenaan adalah bersesuaian dengan kualiti iklan tersebut yang diberikan tendernya kepada syarikat Vision Networks milik Afdlin Shauki. Iklan berkenaan sudah pun disiarkan serentak di pawagam seluruh negara sebelum tayangan filem bermula Rabu lalu disusuli promo berjudul Pesanan Terakhir dan diikuti nyanyian lagu Negaraku.
ISU TENDER IKLAN MERDEKA RM450 RIBU FINAS
ikuti kisah hiburan di mStar
No comments:
Post a Comment