Friday, August 2, 2013

SOO WINCCI KINI MENCARI CINTA SETELAH DUA TAHUN SOLO

SOO WINCCI KINI MENCARI CINTA SETELAH DUA TAHUN SOLO

Soo Wincci Kini Mencari Cinta Setelah Dua Tahun Solo

Penyanyi dan pelakon Soo Wincci mengakui dia mula berasa sunyi apabila masih lagi belum mempunyai kekasih sejak dua tahun hidup menyendiri. Wincci, 27, berkata, walaupun dia sanggup mengorbankan masa dan cinta demi mengukuhkan kerjaya seninya yang kian berkembang, jauh di sudut hati wanita itu, dia masih lagi mengharapkan akan ada seorang lelaki yang setia berada di sisi berkongsi rasa susah dan senang bersama.

"Sejak akhir-akhir ini, memang saya terlalu sibuk kerana memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni saya. Lebih-kebih lagi apabila pasaran peminat Melayu mula menerima saya menerusi single lagu terbaharu, Musim Cinta. "Bagaimanapun, kesibukan itu membuatkan hati belum dimiliki sesiapa lagi dan diakui, saya teringin untuk bercinta semula selepas dua tahun tanpa kekasih. "Tetapi rasanya lelaki sekarang pun takut nak dekatkan diri dengan saya yang sentiasa sibuk tak tentu masa," katanya.

Wincci ditemui pada acara pemberian kasut raya kepada pihak media di kedai kasut jenama XES, Festival City, di sini, pada Khamis. Tambah bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2008 itu, dia juga menyifatkan ia sebahagian daripada pengorbanan besarnya melupakan seketika keinginan hati bagi mengejar cita-citanya. "Saya percaya, Tuhan tidak memberikan semua apa yang kita inginkan. Jika mahu kejar cita-cita, maka ada perkara lain yang kita inginkan seperti cinta misalnya, susah untuk kita dapatkan.

Wincci yang merupakan duta jenama kasut XES turut mempunyai rangkaian kasut wanita rekaannya sendiri iaitu Soo Wincci by XES Shoe Line. Kasut-kasut itu dijual pada lingkungan harga RM109.90 hingga RM159.90 di semua cawangan XES dan pasar raya terpilih di seluruh negara.

SOO WINCCI KINI MENCARI CINTA SETELAH DUA TAHUN SOLO
ikuti kisah hiburan di mStar

No comments: