Adam AF2 dan Fiza Elite serta anak mereka |
TAHNIAH DAN SELAMAT BERBAHAGIA ADAM AF2 DAN FIZA ELITE
Tahniah Dan Selamat Berbahagia Adam AF2 dan Fiza ElitePenyanyi Mohd Aizam Mat Saman atau Adam sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak hasil perkahwinan pertama isterinya, pelakon Fiza (Elite) sebelum ini. Adam, 30, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai satu kelebihan kurniaan Allah dan bersyukur kedua-dua kanak-kanak tersebut cukup rapat dengannya.
"Mereka memanggil saya 'Abi' dan tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengabaikan kebajikan mereka kerana mereka kini adalah anak saya juga. "Saya juga tidak kekok menjaga kanak-kanak kerana sebelum ini sudah terbiasa menjaga adik-adik kerana perbezaan umur kami yang agak besar," katanya. Adam dan Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza, 32, selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis serba sederhana yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini pada pagi Khamis. Adam menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada Fiza selain sepersalinan barangan solat sebagai hantaran.
Dalam perkembangan sama, Adam menjelaskan dia tidak berniat untuk menyorokkan majlis berkenaan daripada pengetahuan peminat dan media kerana merasakan dirinya sudah tidak popular. Adam memberitahu dia sangat rapat dengan anak-anak tirinya dan mereka memanggilnya 'Abi'. Malah Adam menafikan majlis itu dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya ia telah dirancang awal manakala berita pernikahannya tersebar beberapa hari sebelum majlis berlangsung.
Sementara itu, Fiza berkata, dia juga tidak dapat melafazkan secara lisan mengapa memilih Adam sebagai suami namun mengakui selesa apabila bersama pemuda itu. Kata Fiza, anak-anaknya juga cukup menyenangi kehadiran Adam dan ia telah memudahkannya untuk membuat keputusan menerima Adam sebagai suami. Bercakap mengenai anak, Fiza berkata dia menyerahkan soal itu kepada rezeki dan jika diizinkan dia mahu cepat menimang anak memandangkan usianya semakin meningkat.
TAHNIAH DAN SELAMAT BERBAHAGIA ADAM AF2 DAN FIZA ELITE
ikuti kisah hiburan di mStar
No comments:
Post a Comment