Thursday, September 5, 2013

IFA RAZIAH SUNTIK PLASENTA DAN RAWATAN OZON

Ifa Raziah

IFA RAZIAH SUNTIK PLASENTA DAN RAWATAN OZON

Ifa Raziah Suntik Plasenta dan Rawatan Ozon

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah. Biarpun tidak sepopular beberapa artis terkenal Malaysia, namun kehadiran Ifa masih disedari peminat industri tempatan. Tolak ke tepi beberapa kontroversi yang pernah melanda Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, sebelum ini, kerana Ifa telah membuktikan dia bukannya artis yang hanya berbekalkan kisah-kisah kontroversi buat peminat.

Justeru tidak hairanlah jika Ifa menjadi antara artis yang bertahan hampir 20 tahun lamanya dalam industri. Tidak hanya bakat yang menjadi taruhan, Ifa juga turut membuktikan dia antara selebriti yang masih mempunyai tubuh menarik dan rupa yang cantik biarpun telah menjadi ibu kepada dua anak iaitu Sharifah Putri Umairah, 14 dan Muhammad Shakir Aqili Mohd. Yani, 8 tahun. Ifa turut mengakui sanggup membelanjakan sejumlah wang setiap bulan demi kesihatan dan kecantikan.

Sebelum ini Ifa tidak pernah berahsia mengenai suntikan untuk kekal cantik. "Ya, tetapi bukan suntikan seperti botox dan saya tidak pernah mengambil botox. Sebaliknya saya mengambil suntikan plasenta biri-biri untuk kecantikan kulit setiap tiga bulan sekali dan turut melakukan rawatan ozon bagi membersihkan darah kotor. IFA menyatakan bahawa beliau akan menghabiskan kira-kira RM2,000 sebulan untuk kecantikan, manakala kos untuk suntikan sheep placenta pula adalah RM2,000 dan untuk rawatan ozon kira-kira RM1,500.

IFA RAZIAH SUNTIK PLASENTA DAN RAWATAN OZON
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian

No comments: