![]() |
Anne Ngasri |
TAHNIAH ANNE NGASRI SELAMAT BERSALIN ANAK KEEMPAT
Tahniah Anne Ngasri Selamat Bersalin Anak KeempatPELAKON Anne Ngasri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 9 September lalu, dan berita gembira tersebut dikongsi Anne sendiri menerusi akaun Twitternya. Bayi seberat 3.4 kilogram ini merupakan anak keempat Anne Ngasri dan yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan suaminya, Mohd Sumali Reduan pada bulan Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, manakala Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8. Dalam pada itu, Anne juga dikatakan berjaya menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO bahagian Dataran Merdeka selepas dia dilantik dalam satu mesyuarat cawangan itu baru baru ini.
Tahniah lagi sekali diucapkan kepada Anne Ngasri dan suaminya Sumali atas rezeki kurniaan Allah Yang Maha Esa itu. Semoga kelahiran bayi ini dapat menguatkan lagi hubungan mereka suami isteri untuk mencapai sebuah keluarga bahagia.
TAHNIAH ANNE NGASRI SELAMAT BERSALIN ANAK KEEMPAT
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian
No comments:
Post a Comment