![]() |
Carmen Soo |
CARMEN SOO SI CANTIK YANG LASAK
Carmen Soo si cantik yang lasak. Walaupun pada bahagian betis dan lengannya tidak lagi putih mulus dek beberapa kesan lebam berikutan aksi lasak, Carmen Soo tetap bersemangat meneruskan penggambaran filem Dead Mine yang berlangsung di Batam, Indonesia. Pelakon tempatan yang turut membina kerjaya mantap di Hong Kong, Filipina dan Singapura itu nyata puas apabila berpeluang melakukan sendiri babak mendebarkan dengan bimbingan pengarahnya, Steven Shiel.
Carmen Soo si cantik yang lasak. “Sebaik dipilih, saya tidak sabar melihat Dead Mine muncul di layar lebar seluruh rantau ini. Ia pengalaman menyeronokkan walaupun lebam sentiasa muncul di badan,” katanya ketika ditemui di set penggambaran. Selain aktres berusia 34 tahun itu, Dead Mine turut dibarisi aktor Indonesia, Joe Taslim, Jaitov Yanda dan Mije Lewis serta Miki Mizuno (Jepun), Sam Hazeldine (British) dan Jimmy Taenaka dari Singapura. Biar jadual di set cukup padat bermula seawal pagi hingga tengah malam, Carmen mengakui dia sudah biasa bekerja lebih masa ketika menjayakan drama bersiri di Filipina.
Dead Mine berkisar mengenai pemburuan terhadap harta karun peninggalan Jeneral Yamashita yang dikatakan tersembunyi di satu lokasi di sebuah pulau di Indonesia dan sekumpulan orang cuba menjejak emas berkenaan. Mereka terjumpa sebuah bunker peninggalan tentera Jepun dan cuba merungkai misteri di sebalik penemuan itu namun situasi menakutkan mula melanda kerana sejak itu bermulalah kejadian menakutkan. Filem aksi seram ini dijadualkan di pawagam tahun depan.
sumber : bharian
2 comments:
Carmen is not 38 years old duh!!
hehe.. tarikh lahir dia October 14, 1977... maknanya umur dia 34 la kan... thanks..
Post a Comment