ELLA TERUJA DAPAT JUMPA KELUARGA SUAMI
Penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin teruja dapat bertemu dengan sanak saudara sebelah suaminya bersempena Hari Raya Aidilfitri ini. Ella, 46, berkata, kesempatan Syawal ini digunakan sebaiknya untuk melawat semua sanak saudara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya dengan Azhar Ghazali, 30-an, pada 7 Julai lalu.
"Ini adalah masa sesuai untuk saya berjumpa saudara mara sebelah suami dan mengenali mereka dengan lebih dekat. "Paling penting mereka melayan saya dengan baik dan langsung tidak berasa kekok," ujarnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Ella berkata sambutan Hari Raya pertama bersama suaminya terpaksa disingkatkan kerana kedua-dua mereka terikat dengan kerjaya masing-masing.
Bagaimanapun kata Ella, dia bersyukur dapat mencium tangan seorang suami di pagi raya dan meraikannya di Muar, Johor. Ikuti kisah semasa di Bicara Hati Si Putera Duyong.
ELLA TERUJA DAPAT JUMPA KELUARGA SUAMI
No comments:
Post a Comment