![]() |
ANZALNA DAN HANIF |
ANZALNA USUNG KEKASIH HANIF
PETALING JAYA: Pelakon Nur Anzalna Nasir tidak kisah dengan
persepsi dan pertikaian umum berhubung kekerapannya membawa teman
lelaki, Hanif Zaki menghadiri pelbagai acara hiburan. Menurut Anzalna, 24, perkara itu bukan satu masalah kerana jejaka
yang sebaya dengannya itu telah diberikan kepercayaan oleh keluarga
untuk menemaninya memandangkan dia tidak mempunyai pembantu peribadi. “Keluarga tahu Hanif selalu menemankan saya atas urusan kerja. Jika
ibu atau adik-beradik tidak sempat menemankan saya, maka Hanif akan
diberikan amanah itu.
“Ia bukan satu isu buat saya atau keluarga kerana Hanif sudah lama
saya kenali, sejak kami berusia 17 tahun lagi. Dia hanya menemani saya
dan bukan kami melakukan perkara yang tidak manis pun,” katanya kepada mStar Online. Anzalna dikritik segelintir pihak yang mendakwa dia kerap 'mengusung' kekasihnya di depan khalayak dan majlis-majlis hiburan. Malah, ada juga dakwaan kononnya kekasihnya itu cuba menumpang populariti aktres tersebut. Ditanya mengenai reaksinya apabila timbul pertikaian yang remeh itu,
Anzalna berkata dia berasa kecil hati dan kecewa kerana orang mudah
menjatuhkan hukum tanpa mengetahui alasan di sebalik sesuatu tindakan
itu diambil.
“Walaupun ia bukan isu besar tetapi terdetik juga perasaan kecewa di
hati saya kerana orang mudah bercakap apa saja tanpa mengetahui secara
mendalam mengenai sesuatu perkara. “Saya selesa ditemani oleh dia kerana saya percayakan dia. Malah, dia
juga sanggup berkorban masa dan bertolak ansur untuk menemani saya. "Tiada niat langsung untuk 'tayang' kekasih atau menimbulkan perasaan
kurang selesa kepada mana-mana pihak,” tambahnya yang hampir setahun
menjalin hubungan dengan Hanif. Mengenai kerjaya lakonannya yang kian berkembang, pelakon drama Mahabbah
(TV3) ini berkata dia semakin berani untuk menerima watak utama dalam
drama televisyen dan filem selepas hampir setahun bergelar pelakon.
Katanya, kepercayaan daripada penggiat industri dan rakan-rakan artis memberikan keyakinan kepadanya untuk menyahut cabaran itu. “Saya semakin berani menerima tawaran watak utama dalam drama dan
filem bermula tahun ini. Sebelum ini, saya tidak yakin dan belum
bersedia tetapi beberapa penerbit dan pengarah sering memberikan
peluang. “Lakonan terbaru saya boleh ditonton dalam drama aksi Indera Joned di TV3. Selepas ini saya akan terlibat dalam drama Adam & Hawa (Astro) bersama Aaron Aziz dan beberapa buah filem lagi termasuk Dr K Kahwin Lima (KRU Studios),” katanya.
ANZALNA USUNG KEKASIH HANIF
sumber : mstar
1 comment:
cantik dia dia...aku tau dia nie pelakon sebab ada kat video klip black
Post a Comment