ARTIS DAN AZAM 2012
Artis dan Azam 2012. Setiap orang pasti mendoakan kehidupan yang lebih baik pada tahun 2012 selepas tahun 2011 melabuhkan tirainya. 2012 yang menjelang memberi erti kepada sebahagian besar artis-artis kita. Ada yang ingin mendirikan rumah tangga, ada juga yang ingin mengukuhkan kerjaya agar memperoleh pendapatan yang lebih sebagai tuntutan nafkah kehidupan.Artis dan Azam 2012. Malah ada juga yang ingin menjalankan hidup kearah kebaikan dan membuang keburukan diri pada diri masing-masing. Begitu juga dengan selebriti-selebriti tempatan, mereka juga sudah merancang perkara yang terbaik dalam hidup dan yang mana tidak sempat dilaksanakan pada tahun 2011. Perancangan itu akan dibawa ke 2012. Kita berkongsi pendapat dengan beberapa artis tempatan mengenai azam dan ucapan mereka sempena sambutan Tahun Baru 2012.
Didie Alias: Pelakon dan pelawak, Didie Alias memberitahu
azamnya pada 2012 adalah untuk menerbitkan sebuah program bual bicara
khusus untuk para wanita. Selain itu juga, Didie berkata, dia juga ingin
menerbitkan program berbentuk hiburan, santai dan fesyen. "Tahun 2012 adalah tahun untuk saya mengembangkan lagi sayap kerjaya ke tahap lebih tinggi," ujarnya.
Elfira Loy: Pelakon telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini
ingin mencuba lebih banyak watak mencabar pada tahun 2012. Baru sahaja
menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Elfira berkata
dia kini boleh menumpukan sepenuhnya perhatian kepada dunia lakonan
sebelum kembali menyambung pelajaran.
Zul Ariffin: Bekas kekasih pelakon Abby Abadi ini memberitahu
masih belum puas dengan hasil lakonannya.Oleh itu, 2012 adalah tahun
untuknya memperbaiki diri dan mutu lakonan dan seterusnya menjadi
seorang pelakon berkaliber.
Fasha Sandha: Azamnya pada tahun 2012 adalah untuk
mengembangkan perniagaan salun miliknya dengan membuka beberapa lagi
cawangan. Ujarnya, dia juga akan bertemu jodoh dan mengharapkan peminat
mendoakan kebaikan untuknya.
Linda Onn: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn pula berazam
untuk menaikkan lagi jumlah pendengar stesen radio itu supaya ia menjadi
radio pilihan pendengar.
Zed Zaidi: “Saya nak jadi penerbit filem yang berjaya seperti Datuk Yusof Haslam, Rosyam Nor, Norman KRU dan David Teo.”
Nanu Baharudin: “Sebenarnya saya tiada azam baru. Tiap-tiap
tahun mempunyai azam yang sama. Saya akan memastikan untuk mempunyai
kehidupan yang lebih baik dan bekerja lebih kuat.”
Aaron Aziz: “Saya tak pernah ada azam sebab tak tahu apa yang
akan dilakukan pada masa hadapan. Apa pun, saya akan buat yang terbaik
dan berharap dapat melakukan ibadah umrah pada tahun 2012.”
Dj Lin Suria FM: “Ingin lebih berjaya sebagai penyampai radio Suria FM dan memperkenalkan Suria di serata Malaysia dan luar negara.”
Artis dan Azam 2012
No comments:
Post a Comment